Ketua Bersatu Perlis nafi lapor kepada SPRM

Ketua Bersatu Perlis nafi lapor kepada SPRM

Ketua Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah menafikan dakwaan beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa kepada siasatan terhadap Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli serta anaknya.

Abu Bakar yang juga Adun Kuala Perlis berkata beliau sudah membuat laporan polis untuk menyangkal dakwaan ditularkan di media sosial itu.



“Saya sudah membuat laporan polis menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya kerana itu bukan pelan kita (PN),” katanya menurut Berita Harian.

Abu Bakar berkata lima Adun Bersatu Perlis juga menyokong kepimpinan Mohd Shukri.

Pada 30 Apr lalu, Mohd Shukri yang juga pesuruhjaya PAS Perlis ditahan selama lapan jam oleh SPRM dipercayai berkait tuduhan salah guna kuasa dalam projek pembekalan.

Siasatan itu menyusul selepas laporan SPRM mengesahkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.



Sumber SPRM berkata pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, dan agensi itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Sebelum itu, anak Shukri antara lima individu direman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000. Semuanya sudah dibebaskan dengan jaminan.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen membabitkan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga kini yang menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja tidak dilaksanakan. FMT

Ketua Bersatu Perlis nafi lapor kepada SPRM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker