800,000 rakyat Palestin larikan diri dari Rafah

800,000 rakyat Palestin larikan diri dari Rafah

RAFAH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan seramai 800,000 orang terpaksa melarikan diri susulan pertempuran hebat dan serangan bom dilancarkan Israel ke atas Rafah, semalam.

Ketua Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, menerusi ciapannya di laman X berkata, terdapat pergerakan besar-besaran dalam kalangan penduduk, sejak Israel menyerang Rafah pada 6 Mei lalu.



“Orang ramai sedang melarikan diri ke kawasan yang tiada bekalan air atau sanitasi mencukupi,” katanya.

Tentera Israel berkata, serangan udara melanda lebih 70 sasaran di seluruh Gaza dengan pasukan darat membuat ‘serbuan bersepadu’ di timur Rafah, membunuh 50 pejuang dan menemukan puluhan terowong.

Rejim Zionis juga mengeluarkan arahan pemindahan baharu di bahagian utara Gaza semalam, mendakwa Hamas membedil roket ke arah Israel di kawasan berkenaan.

Keadaan itu berlaku ketika perpecahan dalam Kabinet perang Israel semakin dihidu umum sejak malam kelmarin, apabila menteri Benny Gantz mahu meletak jawatan, kecuali jika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meluluskan rancangan pasca perang bagi Semenanjung Gaza.



Gantz menggesa supaya enam matlamat dipenuhi, termasuk menubuhkan pentadbiran awam serantau bagi Gaza.

Netanyahu bagaimanapun membidas dan menyifatkan desakan itu ‘tidak bermakna’ yang antara lain akan menyumbang kepada ‘kekalahan Israel’.

Sementara itu, sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam, berkata pihaknya membedil roket ke arah pelabuhan Israel di Ashkelon selain menyerang pusat komando rejim Zionis di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Terdahulu, AFP melaporkan serangan udara dan artileri di timur Rafah, manakala pesawat tempur melintasi bandar itu di sempadan Gaza-Mesir. BH



800,000 rakyat Palestin larikan diri dari Rafah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker