Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)

Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim sanggup bertolak ke Mekah, transit di Jeddah dan balik pada hari yang sama semata-mata untuk membeli minyak wangi Musk Al-Rumman.

Menerusi video di laman TikTok, Ryzal menjelaskan minyak wangi tersebut hanya boleh didapati di Mekah.



Bagaimanapun, Ryzal meluahkan rasa kecewa disebabkan tidak dapat menunaikan umrah kerana berkesempatan untuk singgah di Mekah selama beberapa jam sahaja.

“Ryzal sekarang berada di Jeddah, dalam perjalanan ke Mekah untuk membeli minyak wangi.

“Selepas beli minyak wangi, Ryzal akan naik teksi yang sama dan balik ke Lapangan Terbang Jeddah. Ada empat jam lagi, Ryzal kena berada di lapangan terbang semula pada pukul 1 petang.

“Ryzal datang ke Mekah dari London. Kalau hendak buat umrah memang tidak sempat. MasyaAllah, tidak boleh lupa bau minyak wangi tersebut,” katanya.



Menurut Ryzal, dia ingin menunaikan umrah kerana sudah berada di Tanah Haram, tetapi terpaksa melupakan niatnya itu atas faktor kekangan masa.

“Mungkin sebab Allah SWT tidak izinkan, maka tidak jadilah (melakukan umrah). Apa sahaja yang kita lakukan, semuanya atas izin Allah SWT.

“Perancangan Tuhan adalah yang terbaik,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu dengan Ryzal yang mampu pergi Mekah dan balik pada hari yang sama.



“Untunglah banyak duit. Nak pergi Mekal pun tidak ada hal. Jalan terus,” kata seorang pengguna.

“Aku rasa, dialah orang pertama pergi Mekah balik hari semata-mata untuk beli minyak wangi,” kata Yati Tiram.

“Minyak wangi Mekah baunya memang lain daripada yang lain. Boleh jatuh cinta dengan wangian dari Mekah ini,” kata Sue.

Tetapi ramai netizen mempertikaikan perbuatanya, mereka berkata lebih baik wang yang dibelanjakan itu diberi kepada mereka yang tidak mampu untuk menunaikan umrah. Mereka pun boleh belikan minyak wangi tersebut. K Online



[videopress Ly8liwiV]

Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker