Apa nak jadi entahlah

Fesyen pelik hari raya.

Apa nak jadi entahlah

“Nak kata apa terpulang kerana setiap individu ada hak bersuara dan setakat ini, keluarga okay malah abang serta kakak yang bantu tangkap gambar saya pada pagi raya” kata Muhammad Faddrullah Ismail yang tular kerana tampil dengan fesyen Aidilfitri lain daripada yang lain.

Pengurus bahagian khidmat pelanggan sebuah hotel terkemuka itu saban tahun berani menggayakan persalinan Aidilfitri yang luar biasa hingga tular.

Dia tidak memakai baju Melayu biasa tetapi tampil dengan persalinan antaranya yang diperbuat daripada kain chiffon dan renda berwarna warni.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Faddrullah berkata, pakaian digayakan itu dijahit khusus sempena Aidilfitri untuk kepuasan sendiri dan bukannya demi ‘content’ atau mahu tular di laman sosial.

Katanya, dia ada koleksi baju Melayu teluk belanga dan cekak musang tetapi lebih selesa menggayakannya pada acara formal, bukannya ketika Aidilfitri.

“Saya tak suka pakai sesuatu yang sama dengan orang lain dan mahukan kelainan jadi jahit sendiri baju raya.

“Ikutkan, saya mula lakukannya (jahit baju raya sendiri) sejak 2013 lagi bermula dengan membuat lakaran kemudian baru menjahit.

“Kain sudah dibeli lebih awal namun kebiasaannya saya akan jahit pada saat akhir iaitu seminggu sebelum raya kerana perlu siapkan tempahan pelanggan dulu. Ini kerana saya masih ambil upah menjahit baju raya dan biasa dengan melakukannya secara sambilan bagi menambah pendapatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pemegang Diploma Seni Reka Fesyen dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, bilangan persalinan akan dihasilkan setiap kali Aidilfitri tidak menentu kerana bergantung jumlah cuti raya yang ada.

“Satu hari, satu pasang baju jadi jika lebih, lagi banyak persalinan akan dibuat.

“Tahun ini cuti hanya dua hari saja. Jadi saya hasilkan dua persalinan iaitu untuk raya pertama dan kedua dengan tema cetusan warna.

“Kos dibelanjakan bagi setiap persalinan bergantung kepada kain digunakan dan dianggarkan lebih RM2,000 untuk sepasang baju,” katanya.

Biarpun ada yang mengecam namun Muhammad Faddrullah selesa dengan apa digayakan setiap kali Aidilfitri.

Menurutnya, keluarganya juga tidak menghalang malah ternanti-nanti selain beri dorongan untuknya menghasilkan persalinan kreatif.

“Saya selesa kerana jahit untuk pakai sendiri dan tak kisah orang nak cakap apa kerana masing-masing ada pandangan tersendiri.

“Kebanyakannya memang mengeji, kata pakaian macam pondan tetapi ada juga memuji hasil kreativiti saya,” katanya.

Selagi termampu dan ada ilham, Muhammad Faddrullah berkata, dia akan terus menghasilkan persalinan Aidilfitri dengan rekaan lebih unik.

“Belum ada perancangan untuk persalinan tahun depan tetapi rekaannya tentu lebih menarik berbanding kali ini.

“Tak rasa membazir atau buang masa pun sebaliknya saya puas dengan hasilnya kerana dalam setahun, cuma sekali saja dapat berkarya untuk diri sendiri manakala selebihnya jahit ikut permintaan pelanggan,” katanya. HM

Apa nak jadi entahlah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker