Aiman Tino nikah Khamis ini

Aiman Tino nikah Khamis ini

Bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak mengesahkan majlis akad nikah anaknya dengan bakal isteri, Syarah Haifa, berlangsung Khamis ini.

Yusri ketika dihubungi berkata, majlis itu akan diuruskan sepenuhnya oleh penaja yang juga pengendali acara.

“Majlis akad nikah akan berlangsung selepas solat Asar kira-kira jam 5.30 petang di Segambut. Semuanya diuruskan oleh pihak penaja.

“Aiman kata, keluarga datang sahaja nanti dan menikmati majlis hari bahagia ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai persediaan anaknya, Yusri yakin, ia adalah keputusan terbaik dibuat oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu untuk kehidupannya.

“Kalau rasa teruja itu, mungkin ada, tapi dah biasa sebab ini adalah menantu ketiga dalam keluarga. Sebagai ibu bapa, apa yang penting adalah, dia suka jodohnya.

“Pokok pangkal adalah dia sendiri. Kalau umur dia 23 tahun pun, dan dia rasa dah bersedia untuk berumah tangga, teruskan. Kalau umur dia dah 27 tahun pun, tapi belum bersedia, tak jadi juga.

“Saya yakin, Aiman sendiri pun tahu mengenai komitmen barunya ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk ada orang jaga makan minum serta pakaiannya. Dia pun inginkan teman hidup.” katanya.

Selain majlis akad nikah, Yusri turut memaklumkan majlis resepsi pula akan berlangsung di Shah Alam pada 6 Mei ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai penyanyi berusia 25 itu yang mendedahkan akan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada tahun ini selepas menghantar rombongan merisik Januari lalu. HM

Aiman Tino nikah Khamis ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker