Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan
Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Ujian dalam perkahwinan merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh setiap pasangan suami dan isteri.

Mencintai dan dicintai adalah dua perkara yang berbeza dan ia adalah perkara normal yang dialami oleh semua orang. Ada proses yang begitu menyenangkan sebelum ke sebuah perkahwinan malah ada yang diuji dengan beberapa perkara.

Salah satunya adalah ketika gagal dalam percintaan. Kita semua pasti pernah melaluinya dalam kehidupan. Malah ianya boleh terjadi tanpa kita duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam dalam kehidupan.

Setiap orang yang hadir dalam hidup kita itu bersebab. Tidak ada yang sia-sia. Ingatlah, Allah SWT pertemukan kita dengan si dia pasti ada hikmahnya. Setiap manusia yang hadir dalam kehidupan kita sebenarnya telah Allah SWT hadirkan bagi mengajar sesuatu buat diri kita. Sama ada dialah jodoh kita atau ujian bagi kita.

Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘Laut mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan’. Begitu juga kepada diri manusia yang sentiasa melakukan kesalahan dan adakalanya sudah ada usaha yang dilakukan tetapi masih lagi berdepan dengan kesukaran dan cabaran. Namun setiap ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya


Baca Artikel Menarik:

Yusof Haslam kongsi pengalaman: ‘Dulu isteri saya pernah rasa dipinggirkan, sehingga…’

Berbahas soal ini, baru-baru ini Watie Hanafiah iaitu seorang ahli perniagaan atau usahawan dalam produk kecantikan menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini memberi pandangan bahawa setiap yang diuji dalam rumah tangga pasti sudah menjadi ketentuan Ilahi.

Malah, jelas Watie dia sudah bersedia jika diuji sedemikian kerana dia sentiasa mengingati dirinya untuk menerima apa jua cabaran yang diberikan dalam liku-liku kehidupan berumah-tangga.

Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mempersoalkan nasihat Watie seolah-olah harus menjalani dahulu alam perkahwinan baru layak untuk membuat sebarang kenyataan.

Sebelum ini, tular mengenai teka teki hubungan cintanya bersam pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada Jun depan.

Memetik laporan berita, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 38, memaklumkan persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus.


Baca Artikel Menarik:

Noor Nabila beraya tanpa suami?

Ditanya perasaan Watie, penyampai radio Suria FM itu berkata, bakal isterinya gembira, namun pada masa sama tidak menafikan cabarannya.

“Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk Watie berada di situ, tetapi saya berharap semoga Allah mempermudahkan.

“Anak-anak selesa dengan Watie. Alhamdulillah, keluarga pun selesa. Saya rasa itu salah satu anugerah.

“Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap dengar. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin benda ini sangat baik.

“Saya harap ia akan berjalan dengan cukup baik.

Bagaimanapun, Shuib mengakui dengan adanya Watie, dia mampu mempunyai sistem sokongan yang baik, namun menegaskan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya.

 

Farid Kamil berjaya bawa Muhammad balik kampung beraya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker