Padam gambar, pamer foto tak berhijab. Kenapa dengan Anis Sofea

 

PETALING JAYA – Tindakan isteri kepada penyanyi dan juga komposer Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menimbulkan tanda tanya apabila dia hanya meninggalkan tiga keping foto dalam Instagram miliknya.

Lebih mencetuskan persoalan apabila Anis, 21, telah memadam foto-fotonya bersama Haqiem dan meninggalkan salah satu gambar dalam keadaan dirinya tidak berhijab.



Bagaimanapun wanita itu bertindak menutup ruangan komen dipercayai bagi mengelak diserbu netizen yang sedang berteka-teki dengan tindakannya.

Foto terkini yang dikongsi Anis dalam Instagramnya adalah gambar semasa sambutan 1 Syawal yang disambut siang tadi (semalam).

Pada gambar tersebut memperlihatkan Anis hanya mengenakan selendang untuk menutupi kepalanya, namun rambutnya masih kelihatan.

“SHR (selamat hari raya),” tulis Anis pada ruangan kapsyen gambar tersebut.



HAQIEM dan Anis (dalam bulatan) bagaimanapun dilihat masih menyambut Aidilfitri bersama.

Dalam InstaStorynya, Anis atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri
hanya berkongsi gambar dirinya bersama beberapa orang wanita dipercayai iparnya dan anak kecil.

Semakan Kosmo! Online di salah sebuah akaun Instagram bernama @erra_shah yang juga sepupu kepada Anis bagaimanapun mendapati wanita masih menyambut lebaran bersama Haqiem apabila kelibat penyanyi berusia 24 tahun itu ada di dalam gambar yang dikongsikan dalam InstaStorynya.

Sementara itu, dalam Instagram Haqiem mendapati penyanyi lagu Tergantung Sepi itu masih menyambut Aidilfitri seperti biasa, namun kelibat Anis tidak kelihatan menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan.

Untuk info, Haqiem dan Anis selamat mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Cyberjaya. Namun, pasangan muda itu masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.



Padam gambar, pamer foto tak berhijab. Kenapa dengan Anis Sofea

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker