Jangan layan orang gila – TMJ

Jangan layan orang gila – TMJ

Jangan layan orang gila - TMJ
Jangan layan orang gila – TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti bersuara dan berkongsi pandangan mengenai industri bola sepak negara.

Walaupun memohon maaf kepada peminat atau mana-mana pihak yang tersinggung dengan ‘suara’yang dilontarkannya sebelum ini, namun Tunku Ismail menjelaskan bahawa ia tidak bermakna beliau akan berhenti daripada menyuarakan pandangan berdasarkan fakta.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, beliau tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak boleh menerima pandangannya mengenai senario bola sepak tempatan.

Katanya, beliau juga berharap forum bola sepak bersama pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Liga Malaysia (Liga M) dapat diteruskan demi hak penyokong bola sepak tanah air.

“Semasa saya di tanya ada tak apa-apa pesanan buat penyokong bola sepak tempatan sempena Hari Raya? Saya jawab Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua penyokong dan juga kepada mana-mana pihak yang tersinggung.


Baca Artikel Menarik:

Syamsul dedah pesan Puteri Sarah

“Tetapi… ia bukan bermakna saya kesal atau akan berhenti bersuara berdasarkan fakta dalam hal ehwal atau senario bola sepak tempatan.

“Jika ada pihak tak boleh terima, itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

Saya akan terus bersuara dan berkongsi pandangan mengenai industri bola sepak negara.

“Saya juga berharap forum bola sepak bersama pemilik kelab dan CEO dapat diteruskan demi hak penyokong bola sepak tanah air. Kita harus beri keutamaan dan kebebasan kepada penyokong untuk tanya apa sahaja soalan.

“Jangan kita sembunyi di belakang surat. Bersemuka dengan penyokong adalah cara yang terbaik. Berani kerana benar. Jangan layan orang gila dan jangan sanjung orang ‘penakut’,” tulis TMJ di laman Instagram miliknya.

 


Baca Artikel Menarik:

Alya Iman tanggal tudung

TMJ yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi individu yang lantang bersuara mengenai arena bola sepak negara walaupun ada pandangan yang disuarakan beliau kurang disenangi sesetengah pihak. BH

Jangan layan orang gila – TMJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker