Haram belanja guna duit raya anak

Haram belanja guna duit raya anak

Haram hukumnya sekali gus satu perbuatan berdosa sekiranya menggunakan duit raya yang diterima anak-anak bagi perbelanjaan peribadi.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, bagaimanapun jika dalam keadaan terdesak, ibu bapa boleh menggunakan wang tersebut, namun perlu menggantikannya semula.



“Banyak berlaku dalam masyarakat, contohnya duit raya budak-budak dapat banyak. Abang long dapat RM260, adik ‘ngoh’ dapat RM170, adik bongsu pula RM400 dalam sehari. Kalau dah sampai enam hari raya, beratus-ratus dapat.

“Kemudian ambil pula duit anak untuk belanja, jadi hukumnya haram. Ramai orang buat dosa ini. Beli ‘spoiler’ (lampu kereta) atau bayar cukai motosikal,” katanya menerusi satu video ceramah.

Beliau berkata, sekiranya mereka benar-benar terdesak untuk menggunakan duit raya anak, ia wajib dibayar semula kepada mereka.

“Boleh guna, pinjam sekejap ketika terdesak. Contohnya orang datang nak potong api sebab tak bayar elektrik RM80 tiada duit dah. Kalau tak bayar, mudarat kepada anak itu juga. Jadi boleh pinjam duit anak kejap untuk bayar bil serta wajib bayar balik,” tegasnya. K Online



Haram belanja guna duit raya anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker