MCA tidak terlibat dengan rancangan keji – Wee Ka Siong

MCA tidak terlibat dengan rancangan keji – Wee Ka Siong

MCA tidak terlibat dengan rancangan keji - Wee Ka Siong

MCA menyifatkan laporan sebuah portal kononnya terdapat beberapa Ahli Parlimen (BN) akan berpaling tadah kepada pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan sebagai mengarut.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh laporan itu adalah tidak berasas dan beliau bertegas MCA tidak akan terlibat.



Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, sebagai presiden parti komponen dalam BN, beliau sendiri tidak mengetahui terdapat rancangan seperti yang dilaporkan oleh portal berkenaan.

“Sebuah portal berita yang bersandarkan kepada “sumber maklumat tanpa nama” dilihat cuba mengarang berita kononnya ada gerakan untuk menggugat kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sesiapa sahaja boleh menulis mengikut cita rasa masing-masing berpandukan khabar angin.


Baca Artikel Menarik:

Mahathir puji kecanggihan dan perkhidmatan MRT



“Namun bagi saya sendiri sebagai Presiden MCA dan parti saya, kami tidak tahu tentang percubaan menggulingkan kerajaan seperti mana yang dilaporkan,” tegas beliau dalam kenyataan.

Ka Siong berkata, MCA tidak akan mengambil bahagian dalam rancangan yang memerlukan Ahli Parlimen parti itu mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil seperti yang dilaporkan.

MCA menurut beliau, akan meneruskan dasar iaitu menyokong pemulihan ekonomi dan memastikan kestabilan politik terpelihara.



“Kami juga tidak akan menyokong langkah sedemikian yang memerlukan mana-mana ahli parlimen yang dipilih untuk ‘mengorbankan’ kerusi mereka untuk memaksa pilihan raya kecil diadakan.

“Keutamaan sekarang ialah menyokong dasar dan strategi ke arah pemulihan ekonomi negara melalui kestabilan politik mengikut kehendak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15,” kata beliau.


Baca Artikel Menarik:

Ira Kazar kena sindir di majlis hari raya, “you jangan buat hal la” (Video)




Sebuah portal berita hari ini mengeluarkan laporan berasaskan khabar angin kononnya terdapat cubaan baharu menjatuhkan kerajaan melalui pilihan raya kecil.

Portal terbabit mendakwa, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kini dipujuk oleh individu penting tertentu untuk mengambil bahagian dalam “misi do-or-die” untuk keluar parti.

Mereka kemudiannya akan bertanding semula di kerusi terbabit di bawah logo parti pembangkang.

Portal berkenaan turut memetik beberapa nama termasuk Ka Siong yang dikatakan turut diintai dalam ‘misi’ menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. MG



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker