Ira Kazar kena sindir di majlis hari raya, “you jangan buat hal la” (Video)

Ira Kazar kena sindir di majlis hari raya, “you jangan buat hal la” (Video)

Ketika ini, banyak pula video-video isteri kedua pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar beraya bersama saudara maranya tular di platform TikTok.

Kalau sebelum ini tular Syamsul Yusof sedang membasuh pinggan di dapur sewaktu penyanyi, ND Lala datang ziarah rumah bapa mentuanya, Kazar, kali ini viral pula momen saudara mara Ira menyindir wanita tersebut.

Sewaktu mahu menyalam untuk mendapatkan duit raya, bapa saudara Ira sempat memberi pesanan kepada isteri kedua Syamsul untuk tidak menimbulkan masalah lagi.

Biarpun suasana sewaktu bapa saudara memberi nasihat masih meriah, menurut netizen ayat yang dilontarkan oleh bapa saudara Ira mempunyai maksud yang mendalam.

Bagaimanapun, riak wajah Ira kelihatan ‘selamba’ selepas mengambil duit raya tersebut dan seolah-olah tiada kesalahan yang dilakukan olehnya itu telah meraih perhatian.

Sekadar info, pada 6 Januari lalu, Syamsul Yusof membuat pengumuman mengejut di laman Instagram bahawa dirinya sudah berkahwin untuk kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama, Puteri Sarah.

Ira Kazar kena sindir di majlis hari raya, “you jangan buat hal la” (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker