Zii Jia ‘bungkus’ awal

Zii Jia ‘bungkus’ awal

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia gagal dalam misinya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu apabila ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023) , sebentar tadi.

Pemain nombor empat dunia itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 19-21, 16-21 pada aksi yang berlangsung di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).



Sebagai rekod, ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia di tangan lawan berkenaan selepas turut kecundang ketika saingan Masters Indonesia, Januari lalu.

Kemenangan menyaksikan Ka Long yang menghuni ranking ke-17 dunia akan bertemu pemain Jepun, Kanta Tsuneyama bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sebelum kejohanan di Dubai itu, Zii Jia sempat ‘berguru’ selama dua minggu di Hong Kong bagi menjalani latihan bersama barisan pemain negara itu termasuklah Ka Long.

Pada edisi tahun lalu di Manila, Filipina, Zii Jia muncul juara Asia buat kali pertama selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di pentas final. BH



Zii Jia ‘bungkus’ awal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa



Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker