Lambat dapat makanan, wanita mengamuk curah kuah kari

Lambat dapat makanan, wanita mengamuk curah kuah kari

Seorang wanita mengamuk dengan mencurahkan kuah kari di sebuah restoran kerana difahamkan pesanannya lambat disediakan.

Menerusi satu klip video tular ketika ini, seorang wanita difahamkan berang dengan layanan pekerja di sebuah restoran kerana lambat untuk menyiapkan pesanan makanannya.



Walaupun lokasi kejadian tidak dinyatakan, namun ternyata melalui percakapan wanita berkenaan kejadian terbabit berlaku di Malaysia.

Menerusi klip video terbabit juga, terdapat seorang lagi pelanggan lelaki yang turut mengamuk kerana isu sama yang tidak berpuas hati dengan layanan restoran tersebut.

Namun, berdasarkan kepada dialog pekerja restoran terbabit, mereka bersetuju untuk mengembalikan wang wanita dan lelaki tersebut.

“Anak aku lapar, kau ingat apa. Kau tak kenal aku siapa, tunggu lawyer (peguam) aku,” jelas wanita tersebut.



Namun, melihat kepada komen pengguna media sosial, rata-rata menganggap perkara tersebut tidak patut dan perlu berlaku ketika musim perayaan ketika ini.

“Musim raya biasalah, pelanggan ramai. Kedai lain banyak tutup. Lambat tu biasa. Macam tak berbaloi je kakak tu nak mengamuk, nampak la sikit kurang bijak di situ,” jelas Ardini.

“Lapar sangat kakak ni sampai mengamuk, siap dwi bahasa lagi. Sabar la kakak, musim raya ni kedai ramai orang.

“Nak fokus pada kakak sorang kesian juga staff kedai tu, benda boleh bincang sebenarnya. Tapi itulah orang kita,” kata Nur Zahra Mohd. K Online



Lambat dapat makanan, wanita mengamuk curah kuah kari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan



Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker