Mahkamah perlu ‘blacklist’ scammer, Aaron Aziz maksudkan siapa?

Pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaaron Aziz berharap pihak mahkamah dapat mengambil tindakan menyenarai hitam individu yang pernah mempunyai rekod melakukan jenayah scam daripada menjalankan sebarang bentuk perniagaan.

Katanya, tindakan itu wajar bagi membela nasib mangsa yang mengalami kerugian akibat penipuan tersebut.

“Kesian orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna kerana duit semua kena songlap. Astagfirullah,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Aaaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan perasaan marah kerana pernah menjadi mangsa penipuan.

Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan saranan Pelakon Lelaki Terbaik Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 selain berkongsikan pengalaman masing-masing.

“Sokong sebab pernah kena dan rasa sakit sangat. Hampir RM10,000 dan lagi seminggu hendak kenduri kahwin. Cuma Allah sahaja yang tahu perasaan ini masa itu,” luah seorang netizen.

“Saya baru lepas kena scam seminggu sebelum raya. Habis duit hendak beli persiapan raya. Sedih, kecewa semua ada,” tulis warga maya lain

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker