Pemimpin muda perlu usaha supaya rakyat cakna politik negara – Dr Akmal

Pemimpin muda perlu usaha supaya rakyat cakna politik negara – Dr Akmal

Kepemimpinan muda negara pada hari ini, bertanggungjawab memastikan rakyat cakna dan sayang dengan politik tanah air dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata berdasarkan kajian telah dijalankan terhadap orang muda sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rata-rata daripada mereka sudah muak dengan drama politik.



“Kita ada buat kajian dalam kalangan orang muda. Kita tanya kepada mereka, parti mana yang akan dipilih pada PRU ke-15. Rata-rata mengatakan bahawa mereka muak dengan politik dan juga perangai ahli-ahli politik.

“Maka, kita sebagai pimpinan muda politik, kita kena pastikan bahawa rakyat Malaysia pada lima atau sepuluh tahun akan datang cakna dan sayang dengan politik,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Program Makan Malam Jalinan Mesra Pemuda Perpaduan, malam tadi.

Dr Muhamad Akmal berkata, pemimpin anak muda perlulah mencipta cara tersendiri mengikut peredaran zaman, bagi menarik golongan seusia agar lebih dekat dengan politik.

“Kalau kita nak melihat wajah Malaysia ini berada di tangan orang muda, maka sudah tentulah kita perlu cipta cara tersendiri. Kita kena buat apa yang kita nak buat. Kita tidak boleh ikut apa yang orang lama telah aturkan untuk kita.



“Pada malam ini kita telah mencipta sejarah. Tidak pernah difikirkan bahawa Pemuda UMNO akan berada dalam satu saf kepimpinan Pemuda Pakatan Harapan (PH). Tidak pernah langsung dalam pemikiran kami.

“Negara ini, yang akan mencorakkannya sepuluh tahun akan datang adalah kita. Malaysia ini kalau kita maju ke hadapan juga bergantung kepada kita,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang parti itu akan tetap menyokong Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini dan bersama bergerak ke hadapan, merencana negara.

“Kami di BN nak beritahu bahawa kita akan tetap menyokong Kerajaan Perpaduan ini hingga ke akhirnya.



“Tidak ada lagi prejudis, syak wasangka maka ini adalah masa kita untuk terus ke hadapan merencanakan masa depan negara kita,” katanya seperti dilaporkan oleh portal, UMNO Online.

Pemimpin muda perlu usaha supaya rakyat cakna politik negara – Dr Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….



Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker