Hun Haqeem dedah rahsia turun 50kg

Hun Haqeem dedah rahsia turun 50kg

Haqeem Hermy atau lebih dikenali dengan nama Hun Haqeem, merupakan pelakon dan model dari Malaysia. Antara drama lakonannya yang menjadi kegilaan ramai adalah watak jaafar dalam drama Kampung People.

Pernah Merasa Berat 120 Kilogram
Hun menceritakan mengenai kisah kehidupan yang lalu bahawa berat badannya pernah mencecah sehingga 120 kilogram kerana tidak menjaga makan serta tidak bersenam. Ketika itu juga Hun sering diejek oelh kawan-kawan, namun itu tidak memutuskan semangatnya untuk bangkit dalam menurunkan berat badan.



Daripada 120 kilogram, Hun berjaya turun sehingga 80 kilogram dan itu adalah kejayaan yang terbesar dalam hidup mengenai berat badannya.

Sudah Pasti Ramai mengetahui, bahawa Hun memegang peranan utama dalam drama adaptasi Korea iaitu W: Two Worlds. Namun, watak yang dia perolehi itu menyebabkan dia disuruh oleh pihak produksi untuk menurunkan lagi berat badannya yang ketika itu 80 kilogram.

Hun akur dengan permintaan dari Datuk Yusry Abdul Halim yang memintanya untuk menurunkan berat badan agar lebih sesuai dengan watak yang akan disandang olehnya nanti. Hun mengambil masa 3 bulan untuk menurunkan 10 kilogram dan kini beratnya menjadi 70 kilogram.

Katanya lagi, dia berjaya mendisiplinkan diri demi untuk menjayakan drama adaptasi tersebut kerana peluang seperti itu tidak datang selalu.



Hun Haqeem dedah rahsia turun 50kg

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker