Pulau Batu Gajah di Mersing terbakar

Pulau Batu Gajah di Mersing terbakar

Mersing: Anggota Bomba dan penyelamat mengambil masa hampir 12 jam untuk memadam kebakaran di Pulau Batu Gajah, sejak petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Mersing berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM).



Katanya, pihaknya tiba di pulau itu pada jam 8.04 malam sebelum memulakan operasi memadam kebakaran membabitkan tumbuhan paku pakis.

“Api mula merebak ke kawasan lain dan kepulan asap boleh dilihat dari kawasan darat. Operasi membabitkan 12 anggota bomba dari Balai Mersing dan Endau, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta PPM.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, penduduk tempatan menyedari kejadian itu berlaku apabila terlihat kepulan asap daripada Pulau Batu Gajah sekitar jam 4 petang.



Api yang marak turut kelihatan pada jam 7.30 petang, kira-kira dua jam selepas kebakaran itu mula tercetus.

Sementara itu, polis mengesahkan berlaku kebakaran di Pulau Batu Gajah seperti mana tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 6.30 petang.

“Dua buah bot digunakan untuk operasi memadam kebakaran. Setakat ini api berjaya dipadamkan dan tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan. Pasukan Forensik JBPM turut menjalankan siasatan di lokasi kebakaran.



“Polis mengingatkan mana-mana pihak supaya mendapat kebenaran Jawatankuasa Keselamatan Daerah Mersing dan Majlis Daerah Mersing sekiranya mahu menjalankan aktiviti di pulau. HM

Pulau Batu Gajah di Mersing terbakar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker