MB Selangor akan mengadap Sultan bagi pembubaran DUN

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada minggu ketiga atau keempat bulan depan bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Amirudin berkata permohonan itu akan dibuat sebelum DUN terbubar secara automatik pada 25 Jun ini.

“Sebab ini antara persefahaman kami Menteri-menteri besar iaitu pada minggu ketiga dan keempat bulan Jun,“ katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR), di Shah Alam, semalam.

Enam negeri yang akan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, mengenai pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor, beliau berkata tujuh daripada 56 kerusi masih dalam perbincangan untuk dimuktamadkan.

Terdahulu, Amirudin, mewakili Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), menerima pengiktirafan MBOR menerusi jualan ayam dan telur ayam bersubsidi terbesar semasa penganjuran Jualan Mega Ehsan Aidilfitri, bulan lalu.

Beliau berkata Jualan Mega Ehsan Aidilfitri adalah program jualan dengan kuantiti terbesar yang pernah PKPS anjurkan dan merupakan sebahagian daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

Menteri Besar berkata sejak JER dilaksana bermula September tahun lalu hingga bulan ini, PKPS telah membelanjakan sebanyak RM37 juta dan memberi penjimatan sebanyak RM18 juta kepada lebih dua juta penduduk di negeri itu.

Amirudin berkata JER pada tahun lalu telah merekodkan jualan sebanyak 30,000 ekor ayam dan 10,712 papan telur ayam sepanjang dua hari program berlangsung dan akan diteruskan dengan kolaborasi bersama dengan Program Jualan Rahmah, seawal bulan depan dengan jangkaan tambahan jumlah produk makanan.

JER dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam mendepani kenaikan harga makanan dengan menawarkan jualan harga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker