Tragedi berdarah 13 Mei mengajar kita erti perpaduan

 

54 tahun lalu, pada tarikh 13 Mei, jika diimbas kembali kejadian yang berlaku sewaktu itu, pastinya tiada yang sanggup untuk cuba membayangkannya. Terlalu tragis untuk dikenang.

Ekoran perselisihan faham antara kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969, 196 nyawa tidak bersalah menjadi korban selain 439 individu cedera, 39 hilang serta 9,143 lagi rakyat terpaksa ditahan pasukan keselamatan.



Melihat kepada impak insiden berdarah itu, seharusnya peristiwa berkenaan dijadikan pengajaran di mana masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu terus bersatu padu dan hidup secara harmoni.

Ini kerana, budaya tolak-ansur dan saling menghormati dilihat menjadi antara asas terpenting bagi memastikan konsep perpa­duan kekal terjalin seterusnya memadamkan api kebencian yang cuba dinyalakan pihak tertentu.

Dalam konteks ini, pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, naratif mengenai peristiwa itu perlu sentiasa disampaikan kepada masyarakat terutamanya golongan muda agar mengetahui mengenai sejarah hitam tersebut.

Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan penceritaan itu sampai ke setiap peringkat rakyat dan dihayati sebaiknya seterusnya berupaya mewujudkan kumpulan masyarakat saling menghormati.



“Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyampaikan kisah di sebalik peristiwa itu, sebaliknya semua pihak harus memainkan peranan masing-masing untuk menyalurkan maklumat terutamanya kepada golongan muda.

“Sebagai contoh, pihak sekolah dan institut pengajian tinggi boleh menggunakan platform media sosial mereka bagi me­nyampaikan pengajaran dan impak peristiwa berkenaan kepada kumpulan sasar,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai segelintir individu yang gemar menghangatkan api perkauman khususnya dalam arena politik, Mohamad Shatar menjelaskan, jumlahnya dilihat rendah dan boleh ditangkis dengan kerjasama rakyat.

“Jumlah mereka yang suka menyemarakkan api perkauman mungkin dalam satu peratus sahaja, baki 99 peratus lagi ialah kumpulan rakyat yang sentiasa menghormati dan kekal menjaga budaya perpaduan antara kaum.



“Lantaran itu, kita perlu mencorakkan pemikiran majoriti rakyat itu agar terus memahami tentang impak peristiwa 13 Mei seterusnya mampu mengatasi kebencian yang cuba dibawa oleh kumpulan dalam kategori satu peratus,” jelasnya.

Mohamad Shatar turut mengingatkan mana-mana calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang untuk terus kekal menjaga keharmonian dan tidak menggunakan sentimen perkauman ketika berkempen.

“Kita mengadakan PRN bagi mencari kestabilan politik, jadi calon bertanding perlu mempamerkan sisi matang dan hanya memainkan isu sesuai dan bukannya aspek perkauman semata-mata.

“Masyarakat juga perlu bijak memilih di mana harus memberi peluang kepada calon politik yang mampu menjaga keharmonian antara kaum sekali gus membawa kestabilan kepada Malaysia tercinta,” katanya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker