Muna Shahira bahagia bergelar isteri

Pelik bangun tidur ada orang disebelah

Muna Shahira bahagia bergelar isteri

Muna Shahira bahagia bergelar isteri

Penyanyi, Muna Shahirah, 29 telah selamat bergelar isteri kepada Sean Tee Yeu Terng Abdullah, 24, kelmarin apabila memaklumkan telah bernikah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing, Johor.

Bersyukur majlis berjalan lancar

Dia juga telah berkongsi gambar sewaktu majlis pernikahan dan mengucapkan rasa syukur apabila segala urusan dipermudah.

Muna Shahira bahagia bergelar isteri

Memetik laporan dari Harian Metro, Muna Shahirah Munadi, 29, dia mengakui sangat bahagia apabila kini sudahpun bergelar isteri dan akui sedikit pelik apabila bangun dari tidur ada seseorang berada di sebelahnya.

“Alhamdulillah, saya sudah bergelar isteri kepada Sean. Pada mulanya, saya memang pelik, bila bangun pagi ada orang di sebelah.
“Namun, saya berasa bahagia kerana kini kami sudah bergelar suami isteri yang sah,” katanya.

Muna Shahira bahagia bergelar isteri

Tugas besar bimbing suami dalami Islam

Dalam pada itu, pelantun lagu Teguh Setia ini juga memaklumkan yang dirinya mempunyai tugas besar lebih-lebih lagi dalam bidang agama Islam memandangkan suami merupakan seorang mualaf.

“Jika nak diikutkan, suami memang sudah lama meminati agama Islam dan dia sudah memeluk Islam Januari lalu.
“Kami memang dalam fasa yang indah kerana sama-sama belajar agama.
“Saya juga terbuka hati untuk menerimanya dalam hidup kerana dia seorang yang ‘soft spoken’ dan menenangkan,” katanya.

Muna Shahira bahagia bergelar isteri

Pasangan merpati dua sejoli ini telah dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Munadi Juki di hadapan jurunikah dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan hantaran sebanyak RM60,000.

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung dalam keadaan tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

Difahamkan, pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.

 

Baca Artikel Menarik:

Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya



Baca Artikel Menarik:

Anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana selamat jalani pembedahan Supernumerary

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker