Bella Astillah mahu jadi ‘penyondol’

 

Bella Astillah @ Dayang Nabellah Awang Astillah

Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia bersedia dan terbuka dalam menjayakan watak penyondol sekiranya diberikan peluang.

“Saya mahu cuba membawakan watak penyondol dan sekiranya diberikan, saya terima. Sebab dalam kehidupan realiti, memang ada. Jadi saya terbuka untuk melakonkannya.

“Sebab saya mahu tahu apa yang mereka rasa. Seronok ke jadi penyondol? Bukankah hidup kita tidak tenang dan takut,” katanya kepada BH Online.



Mengulas tidak takut dibenci sekiranya penghayatan wataknya berkesan, Bella berkata, semua itu sebahagian proses pembelajaran.

Watak Penyondol

“Mungkin ada pelakon takut nak membawakan watak penyondol kerana takut dibenci sebab lakonan menjadi.

“Sebab apabila memikul tugas pelakon, kena cuba apa sahaja tanggungjawab diberikan. Di situlah, kita dapat lalui proses pembelajaran dan pada masa sama menimba pengalaman.

“Kalau saya tak buat, sampai bila saya tak melalui proses ini. Jadi beri apa sahaja watak, saya cuba lakukan dengan terbaik,” katanya.



Wanita kelahiran Sandakan, Sabah itu juga mengakui, dia menginginkan menjayakan watak yang lebih mencabar berbanding apa yang diterima sebelum ini.

“Saya juga ingin mencuba watak antagonis. Sebelum ini, saya pernah dapat, tetapi watak antagonis ringan sahaja.

“Saya boleh membawakan watak antagonis lebih mencabar,” katanya yang ditemui pada majlis rumah terbuka dan pembukaan rasmi Loud Speaker di Loud Speaker, di pusat beli-belah Datum Jelatek, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Bella berkata, dia akan meminta nasihat dan pandangan suami yang juga pelakon Aliff Aziz sebelum menerima sesuatu tawaran berlakon.



“Sekiranya dapat tawaran, saya akan tanya Aliff, mahu buat atau tidak. Alhamdulillah, Aliff juga jenis berkongsi tawaran lakonannya dengan saya. Kami melihat bersama.

“Dahulu, kami memutuskan sendiri, tetapi Alhamdulillah, sekarang kami berkongsi,” katanya.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan, Bella dan Aliff dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker