Bekas hakim, lans koperal dituduh rasuah, subahat lepaskan kes khalwat

Bekas hakim, lans koperal dituduh rasuah, subahat lepaskan kes khalwat

IPOH – Bekas hakim Mahkamah Syariah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM4,000, empat tahun lalu.

Tertuduh, Burhanuddin Ismi Adam, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah secara rasuah menerima suapan sebanyak RM4,000 daripada Muhammad Afiq Abd. Majid, 39.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tertuduh membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada Muhammad Afiq di bawah Seksyen 54(1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah restoran di Jalan Chemor Saujana 1, Desa Chemor Saujana di Ipoh pada pukul 11.30 malam, 10 September 2019.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada prosiding di mahkamah sama, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhamad Hamri Ayob, 34, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Burhanuddin Ismi dengan meminta wang suapan berjumlah RM4,000 daripada Muhammad Afiq. K Online

Bekas hakim, lans koperal dituduh rasuah, subahat lepaskan kes khalwat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker