Kementerian pertimbang permohonan had beri lesen kontraktor baharu

Kementerian pertimbang permohonan had beri lesen kontraktor baharu

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mempertimbangkan permohonan mengehadkan pemberian lesen baharu kepada kontraktor pelbagai kelas susulan rungutan disuarakan beberapa pihak dan persatuan kontraktor ketika ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Abdul Rahman Mohamad, berkata rungutan antaranya dikeluarkan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) terbukti berasas kerana persaingan sedia ada dalam kalangan pemain industri pembinaan ketika ini sudah terlalu banyak.

“Satu daripada tuntutan mereka minta kerajaan hadkan kembali pemberian lesen buat masa ini atau hentikan permohonan kerana lambakan terlalu banyak yang menyebabkan ada antara mereka tidak mendapat peluang kerja dalam sektor pembinaan.

“Perkara ini saya akan bawa ke pihak atasan supaya suara akar umbi ini didengar sekali gus memastikan pengukuhan kerajaan Madani itu sendiri. Insya-Allah perdana menteri (Anwar Ibrahim) akan mendengar rintihan seperti ini supaya boleh diambil tindakan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Terengganu kali ke-47 yang turut dihadiri Presiden PKMM Mohamed Fadzill Hassan, di Kuala Terengganu.

Rahman berkata, beliau akan membawa cadangan permohonan itu kepada Jemaah Menteri memandangkan perkara berkenaan bawah seliaan KKR menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“KKR akan buat kertas cadangan untuk dibangkitkan dalam Jemaah Menteri dan kalau kita nak buat perkara ini, ia tidak perlu untuk dibawa ke Parlimen…melainkan kalau ada mana-mana Ahli Parlimen yang tanya, kita akan jawab dalam dewan,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan kebimbangan PKMM mengenai lambakan kontraktor pelbagai kelas yang diluluskan CIDB telah memberikan tekanan kepada kontraktor sedia ada dalam mendapatkan projek pembinaan.

Berdasarkan statistik bulan lalu, jumlah keseluruhan kontraktor kelas G1 hingga G7 bertambah sekali ganda apabila mencatatkan 136,000 lesen baharu dan sedia ada, berbanding 60,000 lesen pada 2019.

Sementara itu, beliau berkata, prihatin terhadap beban dihadapi kontraktor ketika ini berhubung kenaikan harga bahan pembinaan, kerajaan pada Mac meluluskan Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan terkini bagi menggantikan Jadual Kadar Harga yang menurutnya sudah tidak lagi relevan.

“Misalnya, dahulu sewaktu di kementerian lama, saya perjuangkan seperti pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berharga RM60,000 sebuah. Tapi tiada kontraktor yang sanggup bina.

“Jadi, kita dah naikkan kepada RM75,000 mengikut jadual kadar kerja yang baharu bagi sebuah rumah PPRT…maka sudah ada beberapa peratus kenaikan supaya kontraktor lebih selesa untuk membina dengan baik kerja yang diperoleh,” katanya. FMT

Kementerian pertimbang permohonan had beri lesen kontraktor baharu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker