Media jangan caci, hina pembangkang – Anwar

Media jangan caci, hina pembangkang – Anwar

Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal media tidak mencaci dan menghina pembangkang atau pihak berbeza aliran dengan kerajaan.

Perdana menteri berkata, beliau tidak mahu melihat apa dialami parti pembangkang suatu ketika dulu berlanjutan dan mahu amalan sedemikian dihentikan.



“Yang tidak bersama kita (kerajaan), pembangkang akan dicaci dan dihina. Saya tidak mahu ini diteruskan. Kita harus berdiri tegak dalam merakam peristiwa, menilai, dan mempertahankan prinsip serta nilai akhlak itu.

“Rakan yang tidak bersama kita memilih untuk menentukan itu, maka mereka harus diberi hak bersuara tanpa harus dicela dan dihina seperti kami alami dahulu. Ini soal nilai,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh.

Anwar berkata, pandangan disuarakannya diharap dibincangkan.



“Saya harap pandangan ini dapat saudara wacanakan dan bincang. Apa yang paling utama bagi saya adalah kesedaran. Kalau kita memupuk budaya baharu dalam dunia kewartawanan, saudara harus berasa bebas dan percayakan media,” katanya.

Katanya, timbul kebimbangan dalam sudut pelaporan cenderung mengganggu- gugat keselamatan negara.

“Gedung-gedung utama menguasai media harus diberi sedikit ruang di era baharu. Yang hanya kita gusarkan adalah kecenderungan untuk memporak-perandakan dari sudut keselamatan negara.

“Kita menghadapi suasana yang mana usaha memekarkan sikap dan meninggalkan fahaman dangkal kaum dengan percubaan memerangkap anak-anak muda dalam pemikiran terlalu jumud, buntu dengan permasalahan kaum yang cetek serta fahaman dangkal,” katanya. FMT



Media jangan caci, hina pembangkang – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik



Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)



https://mykmu.net/2023/05/25/syatilla-melvin-beri-amaran-kepada-

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker