PAS Sarawak minta Hadi jangan tolak bergadung dengan kerajaan perpaduan

PAS Sarawak minta Hadi jangan tolak bergadung dengan kerajaan perpaduan

Tawaran “orang tertentu” kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama dalam kerajaan perpaduan perlu dibincang Perikatan Nasional (PN), kata pemimpin negeri.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, berpandangan tawaran itu perlu dipanjangkan kepada Bersatu yang menjadi rakan komponen PN.

Beliau berkata, walaupun tidak dapat mengenal pasti “niat sebenar” pihak berkenaan menghubungi Hadi, PAS tidak akan membiarkan PN ketinggalan.

“Kita tidak pasti niat sebenar ‘orang tertentu’ itu, mungkin juga mereka nak memisahkan PAS dengan Bersatu dalam PN sebab kalau mereka nak ajak…perlu ajak Bersatu sekali. Maksudnya PN sekali, bukan PAS sahaja,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, PAS juga perlu berwaspada dengan tawaran disebutkan Hadi.

Katanya, wujud kesangsian berhubung tawaran itu kerana ia mungkin “teknik mengelirukan pengundi” pihak tertentu, lebih-lebih lagi menjelang PRN di enam negeri.

“PAS perlu berhati-hati dengan setiap tawaran. Jika selepas pilihan raya (negeri), mungkin tawaran tersebut boleh dipertimbangkan,” katanya.

Bagaimanapun, Jofri berkata tawaran itu tidak boleh ditolak mentah-mentah.

“PAS perlu membincangkan tawaran menyertai kerajaan perpaduan bersama rakan komponen dalam PN sebelum menerimanya,” katanya.

Semalam, Hadi mendakwa dihubungi “orang tertentu” beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Namun, beliau mempersoalkan tawaran itu dan berkata, sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi lebih banyak daripada parti lain.

“Ada orang hubungi saya…beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam. FMT

PAS Sarawak minta Hadi jangan tolak bergadung dengan kerajaan perpaduan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker