Shereen Samson juarai 400m di kejohanan AS

KUALA LUMPUR: Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400m dalam Kejohanan Trek dan Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Pueblo, Colorado.

Menurut laman sesawang kejohanan itu https://results.leonetiming.com/?mid=5634, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota berjaya merekodkan 52.74s, sekali gus mengesahkan pingat emas di bumi “Uncle Sam” itu.

Pelari Azusa Pacific, Alayna Verner pula di tempat kedua dengan catatan 52.78s, manakala Corrssia Perry yang mewakili West Texas A&M di kedudukan ketiga dengan 53.39s.



Bulan lepas, anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary meleburkan rekod 400m kebangsaan yang berusia 30 tahun dengan catatan 51.80s dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 di California.

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja awal bulan ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s.

Shereen mula mencuri tumpuan pada Mac 2022, apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan milik Noraseela Mohd Khalid (54.58s) yang dicipta pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.

Beliau kemudian memperbaharui rekod itu dengan catatan 53.47s dalam Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, Januari lalu sebelum sekali lagi membuat kejutan pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87s pada Februari lalu dengan memenangi pingat emas.



Shereen terus menampilkan aksi terbaik dengan menggenggam emas dalam Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II NCAA di Virginia Beach, Virginia, dengan catatan 52.27s bulan lalu.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker