Anak termakan biskut ganja dibuat ayahnya

Seorang lelaki berusia 38 tahun direman untuk siasatan selepas seorang kanak-kanak termakan biskut disyaki dicampur ganja.

Anak termakan biskut ganja dibuat ayahnya

Seorang dewasa direman selepas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun termakan biskut disyaki dicampur ganja.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada sebuah klinik kesihatan di Gerik semalam, berkaitan seorang kanak-kanak perempuan mengalami sesak nafas, pening kepala, dan loya selepas termakan biskut dibuat oleh bapanya.



“Hasil siasatan awal mendapati mangsa termakan biskut disyaki dicampur dengan ganja yang menyebabkan dia mengalami simptom.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Yusri, saringan ujian awal air kencing mendapat suspek positif tetrahydrocannabinol.

Suspek direman mulai hari ini sehingga 3 Jun bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.



Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini.

“Polis menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan mengambil iktibar agar kejadian ini tidak berulang,” kata Yusri. FMT

Anak termakan biskut ganja dibuat ayahnya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker