Kes gaduh di Tampoi, 12 individu sudah ditahan

Polis masih menyiasat punca pergaduhan dan tindakan tegas akan diambil terhadap dalangnya, kata Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat.

Kes gaduh di Tampoi, 12 individu sudah ditahan

JOHOR BAHRU: Seramai 12 individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di Tampoi pada 27 Mei lepas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata, semua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan berusia dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun.



“Sehingga hari ini, kita telah tahan 12 orang yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan IPK Johor hari ini.

“Setakat ini juga hanya seorang yang masih menerima rawatan di hospital kerana mengalami beberapa kecederaan.”

Kamarul Zaman berkata, pihaknya masih menyiasat punca pergaduhan dan tindakan tegas akan diambil terhadap dalangnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 365 dan Seksyen 385 kanun sama.



Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 28 saat memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu.

Sementara itu, mengenai perkembangan kes penganjuran poster parti seks bebas yang tular di Twitter baru-baru ini, Kamarul Zaman memberi jaminan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur yang sedang dikenal pasti itu.

Beliau meminta masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung dakwaan penganjur akan tetap mengadakan parti itu pada tarikh baharu di lokasi yang dirahsiakan.

“Bagi maklumat pada polis dan kita akan siasat, kita alu-alukan orang ramai untuk turut membantu,” katanya.



Kamarul Zaman sebelum ini memberi amaran keras kepada penganjur supaya membatalkan acara tersebut.

Polis juga telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. FMT

Kes gaduh di Tampoi, 12 individu sudah ditahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim



Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker