Orang Ketiga Satu Ujian Allah – Nora Danish

Orang Ketiga Satu Ujian Allah – Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Danish luah rasa sedih setiap kali mendengar kisah pergolakan rumah tangga yang berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif menzahirkan rasa simpati terhadap pasangan selebriti yang sedang dilanda kemelut rumah tangga.



Sejujurnya, saya terkejut dan terkesima mendengar berita konflik rumah tangga pasangan selebriti seperti hangat diperkatakan.

Saya memang sedih kerana ada antara mereka saya ikuti perkembangan dari zaman bercinta, berkahwin dan mempunyai anak.

Tetapi, nak komen lebih pun tak boleh kerana saya juga mempunyai rumah tangga yang harus dijaga.

Mengulas tentang isu ‘penyondol’ yang sering menjadi punca perceraian, ibu kepada tiga orang anak itu mengatakan bahawa dia tak mahu menyalahkan sesiapa tentang isu tersebut kerana padanya itu adalah sebuah ujian.



Pada pandangan saya, kehadiran orang ketiga juga satu ujian Allah. Tuhan hadirkan golongan ini untuk uji rumah tangga kita.

Janganlah kita mudah membuat spekulasi kerana setiap apa yang berlaku pasti ada cerita di sebaliknya

Perkahwinan penuh cabaran

Dalam pada itu, dia mengakui bahawa kadang kala terdetik juga rasa kebimbangan tentang isu tersebut andainya berlaku di dalam perkahwinannya kini. Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini hanya mampu mendoakan yang terbaik.



Mestilah ada rasa bimbang. Kadang-kadang bila menonton filem berkaitan konflik rumah tangga membabitkan orang ketiga, saya ada juga mengusik suami supaya tak buat hal yang menyakitkan itu.

Apa yang boleh saya katakan, alam perkahwinan tak selalu indah di pandangan mata, ada masanya berdepan jatuh dan bangun.

Jadi, kita doakan urusan pasangan suami isteri diuji dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik.

Orang Ketiga Satu Ujian Allah – Nora Danish



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker