EzyWasiat Maybank serendah RM600

EzyWasiat Maybank serendah RM600

Maybank Islamic Bhd menyasarkan 50,000 pelanggan baharu EzyWasiat, perkhidmatan penulisan wasiat untuk umat Islam di Malaysia.

Perkhidmatan digital baharu in membolehkan pelanggan merancang dan menyediakan wasiat dengan lebih cekap dan teratur, selaras dengan keperluan Syariah dan undang-undang faraid.



Maybank Islamic menjalinkan kerjasama bersama syarikat fintech, CreateWills Sdn Bhd bagi menyediakan kemudahan ini kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican, berkata pelancaran EzyWasiat adalah selaras dengan aspirasi bank untuk membangunkan penyelesaian baharu dan inovatif yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti secara meluas.

“Kami kekal komited untuk menerajui perbankan patuh Syariah bukan sahaja di rantau ini malah serata dunia.

“Kami berada pada kedudukan yang strategik untuk membuka jalan ke arah fasa pertumbuhan kewangan Islam yang seterusnya,” katanya pada sidang media pelancaran EzyWasiat di sini, hari ini.



Mohamed Rafique berkata, perkhidmatan ini tidak terhad kepada mereka berniat untuk menyediakan wasiat tetapi terhalang sama ada disebabkan oleh faktor kerumitan proses, kos atau kurangnya kemudahan.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Harta dan Pembangunan Perniagaan Patuh Syariah Maybank Islamic, Ahmad Shareza Abdul Rahman, berkata pihaknya memperkasakan pelanggan untukmerancang masa depan dengan cekap.

“Dengan proses penulisan wasiat yang dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan bayaran serendah RM600, kami ingin memastikan agar tiada yang terkecuali daripada bantuan guaman perancangan harta yang berkualiti tinggi.

“EzyWasiat yang berasaskan teknologi digital ini mudah untuk diubah suai dari masa ke masa jika diambil kira realiti perubahan hidup dan peredaran masa yang dinamik,” katanya.



Beliau berkata, perkhidmatan ini tersedia untuk semua cawangan Maybank di Malaysia, namun penasihat utama mereka terletak di Lembah Klang.

“Kami mempunyai alamat e-mel yang boleh kami bantu dan membuat pengaturan yang ada di peringkat pusat dan cawangan,” katanya. BH

EzyWasiat Maybank serendah RM600

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker