Rohana Jalil makin lemah, jantung boleh berhenti bila-bila masa

Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu akibat kebocoran usus berada dalam keadaan lemah, tetapi stabil.

Pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun berkata, Rohana kini diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.

“Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

“Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, ia juga disebabkan faktor usia.



“Rohana sudah tidak kuat untuk melawat penyakitnya. Dia kini diberikan antibiotik memandangkan Rohana tidak boleh makan, jadi hospital memberinya susu melalui tiup supaya ada sedikit tenaga,” kata Jepun kepada BH Online.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa menziarahi Rohana di hospital pada April lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa menziarahi Rohana di hospital pada April lalu.

Kongsi Jepun, biarpun lemah, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil itu masih boleh memberikan respon, malah memori dan pendengaran penyanyi Rayuanku itu juga masih baik.

“Badannya sangat lemah, tetapi boleh bercakap. Cuma bercakap cara dia, bila tanya soalan, Rohana boleh respon dan masih kenal orang.

“Kadang-kala Rohana minta untuk urut kakinya, ada masanya minta duduk.



“Memandangkan doktor beritahu jantungnya boleh terhenti pada bila-bila masa, jadi hospital meminta ahli keluarga tidak meninggalkannya sendirian.

“Jadi, suami dan anak-anaknya juga sentiasa berada di sisinya,” kata Jepun.

Tambahnya, Rohana masih memerlukan bantuan oksigen kerana mengalami paru-paru berair.

“Sebelum ini, Rohana tiada penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis, cuma menghadapi masalah gastrik berpanjangan.



“Selama ini, kami sangka Rohana hanya sakit gastrik dan tidak boleh lewat makan. Ini kerana perutnya akan pedih.

“Tetapi, masalah timbul apabila Rohana langsung tiada selera makan. Selepas dimasukkan ke HCTM pada April lalu, barulah kami tahu Rohana alami kebocoran usus.

“Saya mohon orang ramai agar mendoakan segala urusan Rohana dipermudahkan. Kepada rakan-rakan atau saudara mara yang ingin menziarahinya, bolehlah menghubungi saya.

“Tetapi, kita akan pantau kerana tidak mahu terlalu ramai berikutan kondisi Rohana dalam keadaan lemah,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker