Bawa kelopak peluru tanpa kebenaran, bekas komando Navy Seal dibebaskan dengan jaminan Polis

Bekas anggota komando Navy Seal, suatu pasukan elit Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Ryan Bates yang ditahan semalam kerana membawa kelopak peluru kosong di dalam bagasinya, telah dibebaskan dengan ikat jamin, maklum Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Hussein berkata Bates yang membawa tiga kelopak senjata api yang tidak dimuatkan itu, tidak dibenarkan meninggalkan negara ini sehingga siasatan selesai.

“(Kes) disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api. Suspek diberi jamin tetapi tidak dibenarkan keluar negara sementara siasatan diengkapkan dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (DPP).



“Seperti dilaporkan dia masuk untuk tujuan penggambaran dengan kerjasama ATM. Guna kemudahan di kem tentera.

Pengambaran siri Netflix

“Ditahan pada 30 Jun sewaktu di KLIA untuk balik ke US selepas selesai urusan penggambaran,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Malay Mail melaporkan isteri Bates, Dianna telah menyiarkan kisah Instagram, merayu bantuan daripada Kedutaan AS di Malaysia selepas bekas itu dilarang meninggalkan Malaysia untuk pulang ke Las Vegas.



“Suami saya @frogman5326_ kini ditahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur oleh polis Malaysia. Untuk membebaskannya, saya memerlukan bantuan seseorang di Kedutaan AS secepat mungkin!

“Dia (Bates) mempunyai kelopak peluru di dalam begnya daripada penggambaran rancangan televisyen tentera,” katanya dipetik portal itu.

Menurut laporan itu, Bates, 43, dikatakan membawa kelopak peluru kosong berkenaan untuk penggambaran siri Netflix bertajuk “The World’s Toughest Forces” di Malaysia

Dia juga telah menyiarkan beberapa siri video yang menunjukkan penahanan awalnya di Instagram.



Bates dipetik Malay Mail berkata “keadaan tidak kelihatan baik”, sambil menambah pihak berkuasa sedang mempertimbangkan apa yang dibawanya di dalam bagasinya dan “apa yang perlu dilakukan terhadap saya.”

“Jika anda tidak mendengar khabar daripada saya dalam masa beberapa hari, (maksudnya) saya akan terperangkap di dalam keadaan yang sukar di tempat yang bodoh,” dia dilaporkan berkata pada salah satu videonya.

Tiada permit bawa kelopak peluru

Sementara itu, Hussein berkata Bates memasuki negara ini untuk tujuan penggambaran, dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan menggunakan kemudahan kem tentera.



Bagaimanapun, katanya Bates tidak mempunyai permit untuk membawa kelopak peluru kosong di dalam dan ke luar negara.

“Kami sudah periksa dengan ATM, ada beri kebenaran untuk penggambaran untuk guna fasiliti.

“Permut untuk bawa masuk dan bawa keluar (kelopak peluru) ini, semua bawah bidang kuasa polis.

“Tak ada rekod (Bates mohon kebenaran daripada pihak polis). Dia tak ada ikut prosedur kita,” jelasnya.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker