Suami isteri disimbah asid (Video)

Dengki kedai makan laris.

Suami isteri disimbah asid (Video)

GOMBAK – Sepasang suami isteri cedera akibat disimbah sejenis cecair didakwa asid ketika berada di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini, semalam.

Kejadian itu dikongsikan menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook Khairy Adli, hari ini.



Menurut Khairy, mangsa yang juga pemilik restoran terkenal di Selayang melecur teruk di bahagian mata dan badan akibat perbuatan tersebut.

Difahamkan, seminggu sebelum kejadian, kedai makan mereka hangus terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat akibat tidak puas hati pihak lain.

“Keluarga sahabat saya. Tragedi simbah asid di Pangsapuri Laksamana Jaya, peniaga suami isteri kena serang didakwa kerana dengki.

“Seminggu sebelum kejadian, kedai mangsa dibakar habis (hangus) 100 peratus. Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur,” katanya dalam hantaran tersebut.



Khairy mendakwa, meskipun ini bukan kali pertama keluarga terbabit ditimpa musibah, namun baginya perbuatan menyimbah asid itu dsifatkan agak keterlaluan.

“Bukan sekali dua benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mereka bangun dan masih (teruskan) berniaga, tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid.

“Harap polis cepat buat kerja. Selayang adalah kawasan panas untuk (melakukan) jenayah,” katanya. K Online

Suami isteri disimbah asid (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker