Pengumuman calon PRN panas, cetus konflik dalaman parti

PEMILIHAN calon Ahli Dewan Undangan Negeri sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) masih mencetuskan konflik dalaman parti apabila terdapat beberapa ahli yang mempertikaikan kredibiliti calon yang diumumkan.

Pencalonan semula Mohd Najwan Halimi sebagai calon DUN Kota Anggerik mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan telah mengecewakan ramai pihak kerana didakwa bakal memberi gambaran buruk kepada parti itu.

Perkara itu disuarakan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, V Jisnukvitran yang berpandangan, keputusan mencalonkan Mohd Najman menimbulkan pandangan negatif terhadap PKR seolah-olah parti itu tidak berupaya mempertahankan kaum India dalam menegakkan keadilan dan kesaksamaan.



Ia susulan isu hantaran kurang sopan bersifat perkauman yang dibuat Mohd Najwan sebelum ini.

Isu pertikaian calon yang bakal bertanding dilihat bukan sahaja mencetuskan percanggahan pendapat dalam ahli parti sahaja, malah terdapat komentar netizen di media sosial yang turut mempersoalkan kredibiliti calon tersebut.

Perkembangan itu dilihat semakin parah apabila mereka mula menyentuh isu bangsa, agama dan kedaulatan negara menjelang PRN.

Dalam pada itu, tempias ‘bunyi bising’ berhubung calon PRN turut melibatkan Barisan Nasional (BN) apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak tersenarai dalam barisan calon negeri Selangor.



Susulan itu, wujud gesaan agar bekas menteri kewangan itu berundur daripada jawatan negeri kerana sudah tersisih daripada strategi parti.

Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata, tidak wajar Tengku Zafrul terus memegang jawatan sebagai Bendahari UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor kerana telah disisihkan daripada keputusan penting termasuk tidak dilibatkan dalam rundingan kerusi dan strategi parti di peringkat negeri.

“Memegang jawatan tetapi disisihkan daripada keputusan-keputusan penting menunjukkan pelantikan sebagai bendahari sekadar kosmetik semata-mata tanpa tanggung jawab yang signifikan,” katanya pada Ahad.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, mengumumkan parti itu bertanding 31 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.



Bilangan kerusi melibatkan dua di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu, tujuh di Kelantan serta masing-masing sembilan di Kedah dan Selangor.

Bagaimanapun dua kerusi DUN di Terengganu iaitu Tepoh dan Bandar masih dalam perbincangan.

 

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau



Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker