‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah

‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah

JAKARTA: Seorang wanita yang baru pulang dari tanah suci selepas menunaikan ibadah haji ditahan polis Kalimantan Utara kerana disyaki menjadi ‘ibu ayam’ dan menyediakan perkhidmatan seks di gerai makan miliknya.

Lapor Kompas.com, suspek, Irma, 45, didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan orang dengan cara menyediakan perkhidmatan pelacuran di gerai makan di Kampung Sesua di Malinau Barat.



Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Malinau, Wisnu Bramantio berkata, penahanan Irma dibuat minggu lalu ketika suspek menghadiri satu majlis di sebuah masjid di Bandaraya Malinau.

“Gerai milik Irma bukan sahaja menyediakan makanan dan minuman, tetapi juga menyajikan ‘hidangan tambahan’ melibatkan kehadiran sebilangan pelacur.

“Penahanan dibuat apabila polis menerima maklumat Irma akan pulang ke Jawa selepas selesai menunaikan haji. Kini Irma berstatus suspek kerana didakwa mengeksploitasi wanita dan bertindak sebagai penyedia perkhidmatan pelacuran di premis perniagaannya,” katanya.

Berdasarkan siasatan polis, Irma didapati mengeksploitasi beberapa wanita dari luar dan sekitar Kalimantan Utara malah turut menyediakan kawasan khas untuk aktiviti pelacuran berkenaan di gerainya.



“Di bahagian dalam warung terdapat terdapat bilik yang dipisahkan. Ada beberapa pelacur yang disediakan suspek dengan kadar 300,000 rupiah (RM91) untuk setiap perkhidmatan.

“Hasil pemeriksaan kami ada, beberapa wanita yang datang dari luar daerah Jawa. Wanita-wanita itu mengaku pada awalnya mereka dijanjikan pekerjaan lain yang lebih baik,” jelasnya.

Menurut Wisnu, jika terbukti bersalah, Irma bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun. Utusan

‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau



Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker