Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital

Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital

“Jadi menteri atau jadi apa pun kita kena ingat kita pegang jawatan sampai bila, sampai kiamat? Fikir baik-baik, apa pun jawatan kita pegang sedarlah ia hanya sementara.”

Demikian kata-kata nasihat terakhir yang sempat dititipkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir malam tadi.



Nasihat tersebut beliau kongsikan semasa sesi dialog pada Towhall Pesta Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) 2023 bersama mahasiswa UUM di Sintok, Kedah, Jumaat lalu.

Katanya, menjadi seorang menteri tidak perlu bersifat sombong dengan jawatan yang dimiliki kerana semua itu adalah atas bantuan dan sokongan daripada rakyat.

“Macam saya ini diberi lima tahun sahaja, sekarang dah setahun tinggal lagi empat tahun. Kedua kalau nak menang esok, kena bertanding balik, kalau menang, menang. Kalau kalah?

“Dahulu bukan main, berlagak jadi menteri kalau cakap sombong, orang datang pejabat tak rai, anak-anak muda diperlekehkan. Sampai bila? Apa pun peluang yang diberikan hari ini, lalukan terbaik,” pesannya.



Dalam pada itu, Allahyarham Salahuddin turut mengharapkan agar insiatif Payung Rahmah yang menjadi penjuangan beliau sepanjang memimpin KPDN dapat diteruskan dalam apa jua keadaan supaya Malaysia berjaya menjadi sebuah negara kasih sayang.

“Cita-cita saya adalah kalau boleh Rahmah ini jadi satu value (nilai), mungkin sampai bila-bila. Setiap peniaga atau antara kita yang membuka perniagaan, yang untung ataupun tidak untung, tapi ada sebahagian daripada perniagaan kita dah niat untuk bantu orang susah.

“Kalau itu boleh berlaku, Insya-Allah, Malaysia boleh jadi negara kasih sayang,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di platform media sosial rasmi Allahyarham Salahuddin mendapati, ciapan terakhir yang dikongsikan di Twitter seolah-olah satu petanda bahawa beliau akan pergi meninggalkan rakyatnya.



“Singgah pi market sat (pergi pasar sekejap) tadi borak-borak dengan warga Kedah di Pekan Nat. Elok tengok semua barang basah semua fresh (segar), harga pun berpatutan.

“Terima kasih lah semua naa. Kita jumpa lagi nanti,” katanya.

Terdahulu, pemergian Allahyarham Salahuddin amat dirasai oleh seluruh negara kerana sifat dan keprihatinan beliau terhadap kesusahan yang dahadapi rakyat amat dipuji.

Jenazah arwah juga bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulung Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor sekitar pukul 12 tengah hari nanti. K Online



Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau



Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker