Umno Kota Raja mahu Tengku Zafrul jadi ikon Selangor

Umno Kota Raja mahu Tengku Zafrul jadi ikon Selangor

Selepas namanya tiada dalam senarai calon yang akan berentap pada 12 Ogos ini, Umno Kota Raja mendesak ketua bahagian mereka, Tengku Zafrul Abdul Aziz, dijadikan ikon kepada Selangor.

Dalam kenyataan media hari ini, Umno Kota Raja juga menyatakan rasa kecewa mereka apabila menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu tidak dipilih bertanding di mana-mana kerudi dewan undangan negeri (DUN) di Selangor.



Timbalan Ketua Umno Kota Raja Abdul Raof Mokhtar berkata sebagai bendahari parti di peringkat negeri Tengku Zafrul wajar dilibatkan dalam perkembangan politik di negeri berkenaan.

Ketua Umno Kota Raja itu juga, kata Abdul Raof mesti terlibat sama dalam perbincangan mengenai pemilihan calon BN Selangor.

Kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebelum ini, katanya, bahawa Umno Selangor langsung tidak menimbangkan nama Tengku Zafrul sebagai calon.

“Umno Kota Raja amat bimbang dengan suasana politik masa kini kerana ahli akar umbi amat mengharapkan Tengku Zafrul dicalonkan bagi membantu mencorakkan hala tuju politik di Selangor dan Kota Raja,” katanya.



Tengku Zafrul merupakan tokoh korporat yang terlibat secara aktif dalam sektor perbankan sebelum dibawa masuk menjadi menteri selepas jatuhnya kerajaan PH pada Feb 2020.

Apabila kerajaan baru dibentuk, dia dibawa masuk ke kabinet untuk menjadi menteri kewangan di bawah pentadbiran Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Apabila jawatan perdana menteri bertukar kepada Ismail Sabri Yaakob, kedudukan Tengku Zafrul – yang dilantik sebagai senator sebelum itu – kekal.

Dilihat ada potensi menang



Anwar Ibrahim turut mengekalkan keberadaan Tengku Zafrul dalam kabinet apabila kerajaan perpaduan dibentuk selepas 24 Nov tahun lalu walaupun dia gagal memenangi kerusi parlimen Kuala Selangor.

Portfolio Tengku Zafrul – yang kembali menjadi senator – berubah daripada menteri kewangan menjadi menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Pelantikan sebagai bendahari Umno Selangor membayangkan Tengku Zafrul akan dijadikan calon dalam pilihan raya negeri (PRN) sekali gus mencetuskan spekulasi dia adalah antara watak yang akan dipertimbangkan sebagai menteri besar baru.

Bagaimanapun apabila senarai nama calon diumumkan, Tengku Zafrul tercicir namun dia sudah memberikan komitmen untuk membantu semua calon kerajaan berkempen menjelang pengundian pada 12 Ogos ini.



Abdul Raof berkata sebagai keputusan oleh pucuk pimpinan Umno perlu mengambil kira kewibawaan Tengku Zafrul kerana dia dilihat mampu menarik pengundi muda “yang dahagakan kepimpinan berjiwa besar” bagi menghadapi PRN.

Tengku Zafrul juga, katanya, dilihat seorang calon yang berpeluang besar untuk menang.

“Umno Kota Raja mengambil ketetapan bahawa Tengku Zafrul perlu menjadi ikon kepada Selangor bagi memberikan semangat baru kepada pengundi muda dan baru yang akan mengundi pada 12 Ogos ini,” katanya.

Untuk rekod kawasan parlimen Kota Raja mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Sentosa, Sungai Kandis dan Kota Kemuning.



Semua kerusi tersebut – termasuk parlimennya – dimenangi calon PH sebelum ini dengan majoriti lebih lima angkat iaitu antara 12,480 (Sungai Kandis) dan 73,998 (Kota Raja). Mk

Umno Kota Raja mahu Tengku Zafrul jadi ikon Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker