Baby Shima bakal bertanding pada PRN

Baby Shima bakal bertanding pada PRN

Penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima bakal bertanding sebagai calon bebas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan.

Baby Shima mengumumkan berita itu menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), hari ini bagaimanapun tidak mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri bakal bertanding.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya dalam petikan video yang dimuat naik.

Selain itu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, juga belum bersedia mendedah manifestonya.

“Saya akan mengumumkan kawasan dan manifesto kemudian.

“Objektif saya menyertai politik untuk membela nasib rakyat agar beban dihadapi dapat diselesaikan,” katanya

Pelakon Pantun Janda itu juga menjadikan artis yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebagai inspirasi. Antaranya, Datuk Aishah, Datuk Dira Abu Zahar, Herman Tino, Azwan Ali, Ahmad Idham, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Lando Zawawi pernah tampil sebagai calon bebas pilihan raya sebelum ini.

Ujar Shima lagi, dia mahu membantu rakyat, lebih lagi, golongan belia.

“Sebelum ini, ramai artis lain terbabit dalam politik. Tujuannya mahu yang terbaik untuk rakyat.

“Bagi saya, tidak salah jika mahu berbakti kepada masyarakat terutama sekali golongan muda.

“Kalah atau menang, itu soal nombor dua. Tidak salah untuk saya mencuba perkara baik. Doakan saya,” katanya.

Sementara itu, Shima juga tidak kisah jika ada yang tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bertanding.

“Saya tidak boleh halang jika ada yang mengecam. Niat saya cuma mahu membantu masyarakat.

“Saya yakin ada yang akan menyokong niat baik saya ini,” katanya. BH

Baby Shima bakal bertanding pada PRN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker