Gangguan seksual terhadap Rara, influencer beri keterangan Khamis ini

Gangguan seksual terhadap Rara, influencer beri keterangan Khamis ini

BENTONG: Pempengaruh media sosial yang dipercayai terbabit kes gangguan seksual terhadap Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman akan dipanggil memberi keterangan Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata lelaki berusia 21 tahun terbabit diminta hadir selepas polis menerima laporan daripada pegawai khas Ahli Parlimen itu pada 17 Julai lalu.



“Suspek akan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada pagi 27 Julai ini untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Young Syefura membuat dua laporan polis di IPD Bentong masing-masing berhubung kes penipuan dan gangguan seksual oleh seorang pempengaruh media sosial terhadapnya.



Young Syefura dilaporkan berkata, seorang pempengaruh mengeluarkan kenyataan seksis dan berunsur lucah yang dianggapnya sebagai gangguan seksual dalam satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok dan Instagram.

Dalam video yang dimuat naik, pempengaruh terbabit menyebut beberapa perkataan lucah berserta lenggok bahasa badan yang menyebabkan Ahli Parlimen itu tidak selesa.

Video itu kemudian tular dan dikongsi banyak pihak lain. BH

Gangguan seksual terhadap Rara, influencer beri keterangan Khamis ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal



Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel



Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker