Presiden Gerakan usah keras kepala – Pemuda PAS Tasek Gelugor

Presiden Gerakan usah keras kepala – Pemuda PAS Tasek Gelugor

Sehari sebelum PN mengumumkan senarai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya negeri, sebuah sayap PAS di Pulau Pinang kelihatan seperti menongkah arus secara terbuka.

Hari ini Pemuda PAS Tasek Gelugor menyatakan pendirian mereka untuk menolak pemimpin parti dalam PN sendiri yang dikhabarnya berminat bertanding di situ.

Bahkan naib ketuanya Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar memberi amaran kepada Dominic Lau agar tidak berkeras untuk dicalonkan oleh PN di kawasan berkenaan.

Lau ialah presiden Gerakan dan parti itu merupakan salah satu komponen utama PN selain PAS dan Bersatu.

“Kami Pemuda PAS Tasek Gelugor bersama dengan seluruh jentera akan menggerakkan perarakan besar-besaran calon bebas di dewan undangan negeri (DUN) Telok Ayer Tawar dan Permatang Berangan pada hari penamaan calon 29 Julai ini.

“Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor bersama dengan pengundi di Permatang Berangan dan Telok Air Tawar akan memastikan kekalahan kepada calon Gerakan di kerusi tersebut jika tuntutan ini tidak dipenuhi,” katanya dalam kenyataan media.

Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar
Terdahulu Malaysiakini melaporkan Lau mengesahkan dia akan bertanding pada PRN akan datang dengan menyasarkan salah satu kerusi di Pulau Pinang.

Ketika itu dia tidak menyatakan secara khusus kerusi yang dimaksudkan, sebaliknya berhasrat di satu daripada kerusi DUN di Seberang Perai.

Kali terakhir Lau bertanding dalam pilihan raya ialah semasa PRU ke-14 (2018) di kawasan parlimen Batu namun kalah kepada P Prabakaran.

PN dijadual mengumumkan senarai calon-calon mereka esok.

Selain Pulau Pinang, lima negeri lain yang akan mengadakan PRN serentak ialah Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Pada suatu ketika Gerakan memang bertapak kuat di Pulau Pinang dan kurang menyerlah di negeri-negeri lain.

Ikhwan Afiq berkata Lau tidak wajar mencabar kesabaran Pemuda PAS dengan berkeras mahu menjadi calon PN di kawasan berkenaan.

“Jangan sesekali bermain dengan api, nanti api itu sendiri akan memakan diri. Jangan cabar kesabaran Pemuda PAS,” tegasnya.

Untuk rekod, terdapat tiga kerusi DUN di bawah kawasan parlimen Tasek Gelugor iaitu Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar.

Ketiga-tiga kerusi tersebut merupakan kawasan majoriti Melayu dengan setiap satu melebihi 60 peratus berbanding pengundi bukan Melayu.

Pada 2018, kerusi Permatang Berangan dimenangi calon BN dengan perbezaan 646 undi berbanding PAS yang menjadi pencabar terdekat.

Sungai Dua pula dimenangi calon BN dengan majoriti 1,934 undi, manakala Teluk Air Tawar dikuasai PH dengan majoriti 2,203 undi. Mk

Presiden Gerakan usah keras kepala – Pemuda PAS Tasek Gelugor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker