Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Seorang lelaki telah membuat laporan polis selepas mendakwa bahawa beliau telah dipukul oleh Johor Military Force semasa menonton perlawanan akhir Piala FA diantara JDT dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi dan mendapat rawatan serta ditahan di wad HUKM.

Tambahnya lagi, doktor turut mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami mangsa melibatkan patah hidung, pendarahan di kepala, pendarahan di mata kanan dan lebam di seluruh badan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (Cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang merbahaya. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut di kehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan,” katanya.

Kenyataan ketua polis ini telah mendapat perhatian netizen dengan kebanyakannya meminta agar Kementerian Dalam Negeri untuk masuk campur agar keadilan boleh ditegakkan ke atas lelaki tersebut.

Persoalan yang timbul bagi netizen adalah siapakah yang memberi arahan untuk memukul lelaki tersebut dan apakah sebab berbuat demikian? Dan adakah anggota JMF telah melebihi hak bidang kuasanya?

Selain itu, sebuah video berdurasi pendek turut tular yang didakwa sebagai video lelaki tersebut dipukul.

Dalam video tersebut kelihatan bagaimana beberapa orang mengelilingi lelaki tersebut sambil memukulnya beberapa kali.

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker