Tiada lagi Din Pudu

Tiada lagi Din Pudu

Sejak berita pengesahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, meninggal dunia malam tadi, laman media sosial pantas suram dengan pelbagai ucapan takziah dalam kalangan netizen.

Posting di Facebook bertajuk ‘DIN PUDU’ menerusi akaun seorang rakannya bernama Muhammad Faeez Azahar, yang dimuat naik hari ini berserta sekeping gambar Allahyarham ketika muda, adalah antara perkongsian peribadi menusuk perasaan sesiapa sahaja yang membacanya.



Berikut adalah catatan penuh Muhammad Faeez Azhar:

DIN PUDU!

“Itu antara gelaran popular kepada Allahyarham Salahuddin Ayub.

Beliau antara pengguna setia stesen bas Puduraya, Kuala Lumpur. Beliau berulang alik KL-Johor-KL setiap minggu. Dan melalui stesen inilah beliau pergi ke seluruh negara.



Beliau pernah cerita, biasanya kalau tinggalkan keluarga di Johor, beliau tinggal duit ngam-ngam untuk makan keluarga sepanjang beliau tiada.

Salahuddin antara pemidato hebat semasa di dalam Pas, beliau mendapat jemputan berceramah di seluruh negara. Melalui stesen Pudu inilah beliau pergi, dengan hanya berbekalkan tambang pergi.

Tambang balik mengharapkan duit saguhati berceramah, makan mengharapkan ihsan kawan-kawan yang beliau jumpa. Kadang-kadang pergi ceramah tak dapat sagu hati, beliau terpaksa minta duit tambang untuk beliau balik.

Itulah Salahuddin Ayub. Pemimpin yang dilahirkan dari bawah, melalui saat sukar sehingga Allah angkat beliau menjadi menteri.



Kerana itu, beliau sangat memahami denyut nadi rakyat yang susah. Beliau sentiasa berusaha memperkenalkan inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat. Moga Allah merahmati Almarhum.”

Kesedihan sama turut diokongsi pengguna Twitter sebaik mendapat perkhabaran pemergian Timbalan Presiden AMANAH itu.

Paling banyak diperkatakan ialah bagaimana inisiatif RAHMAH yang dipelopori Allahyarham banyak membantu rakyat golongan B40 dan pelajar terutama mahasiswa, meneruskan kelangsungan hidup.

Pengguna menerusi akaun @FaktaBukanAuta, berkongsi ciapan manfaat Inisiatif RAHMAH yang besar kesannya terhadap hidup beliau.



“Menu Rahmah yg diperkenalkan oleh Allahyarham Dato Sri Salahuddin Ayub (@MyDSA_official) betul2 meninggalkan kesan pada aku.

“Bila sesak hujung bulan aku biasanya ke Mydin beli Menu Rahmah.

“Sebagai ketua keluarga, bila ke pasar, dapat rasai sendiri barang basah di waktu Allahyarham jaga KPDN lebih murah berbanding tahun2 lepas.

“Namakan apa je – ayam mentah, minyak masak, sayur, dll, semua ni lebih murah. Sangat2 rasa kehilangan akan menteri yg perform spt beliau. Moga Allah tempatkan bersama para solehin. Moga ahli keluarga tabah akan ujian ini. Al-Fatihah.”



Pengguna akaun @ain_dilla turut berkongsi penghargaan terhadap Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram di Johor.

“Arwah merupakan YB Adun tpt saya. Baru semalam kami enjoy Jualan Rahmah. Malam tadi juga Arwah meninggalkan kita semua. Sangat terkesan di hati saya.

“Brg2 jualan Rahmah teramatlah murah. Sangat2 membantu di kala harga barang naik sana sini. Berehatlah YB di sana.”

Pengguna @Leongcheewei berkongsi ciapan: “Sebagai seorang mahasiswa, bila x cukup duit nak makan, mesti cari menu Rahmah.



“Di bawah adalah antara menu Rahmah yg saya makan. Inisiatif yg diperkenalkan oleh Allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin Ayub dibawah inisiatif payung Rahmah,” katanya yang berkongsi empat keping foto termasuk sepinggan nasi lemak dan makanan segera.

Dari sisi peribadi, pengguna @ismailalsaber menceritakan perihal sisi Salahuddin yang amat sederhana dan mudah didampingi semua lapisan masyarakat.

“Tengah2 jamuan rumah terbuka yang dianjurkan oleh Allahyarham kat dewan orang ramai, tiba2 letrik terputus, like nothing has happened dia sambung makan sambung sembang kept entertaining everyone yg datang either for mengadu benda2 or selfie dalam gelap2.”

Pengguna @cheananchumel merakamkan penghargaannya terhadap Allahyarham kerana tidak melupakan golongan kurang berkemampuan.

“Terima kasih YB Salahuddin kerana sentiasa berjuang untuk orang miskin. semoga jasa dan inisiatif menu RAHMAH ini menjadi kebun pahala kepada YB. berehatlah YB di negeri abadi sana.” BH

Tiada lagi Din Pudu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker