Pengundi Kelantan di Lembah Klang harap perubahan di Kota Bharu

Pengundi Kelantan di Lembah Klang harap perubahan di Kota Bharu

Pengundi muda yang tinggal di Lembah Klang mengharapkan perubahan kerajaan negeri dalam PRN bulan depan.

Yusrina Yahya, 32, dari Tanjung Mas mengakui dipengaruhi pengalamannya tinggal di Selangor yang serba moden dan kecewa dengan kerajaan PAS kerana gagal membangunkan negeri asalnya di Kelantan.



Beliau berharap PAS kalah dalam PRN bulan dean kerana mahu Kelantan mengalami kemajuan sama yang dilihatnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Saya mahukan keluarga merasai kemudahan sama dinikmati saya di Lembah Klang,” katanya kepada FMT.

Kelantan antara negeri termiskin di Malaysia, dengan 42,131 keluarga miskin tegar. Keluaran dalam negeri kasar per kapita hanya RM16,567, jauh di bawah purata kebangsaan RM54,863.

Negeri itu turut dikritik kerana kurang pembangunan dari segi infrastruktur awam dan peluang pekerjaan.



Mahasiswa UKM, Khadijah Abdul Karim, 22, percaya kerajaan negeri PAS semakin leka selepas mentadbir Kelantan selama 30 tahun.

Pengundi di Melor itu berkata, PAS gagal menangani beberapa keperluan asas rakyat Kelantan, khususnya bekalan air.

“Perubahan dalam arena politik negeri akan membuka mata PAS bahawa ia terlalu selesa berkuasa.”

Isu bekalan air di Kelantan dibangkitkan ahli politik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).



Sebelum ini, kerajaan Kelantan memohon RM8 bilion untuk mengatasi masalah bekalan air negeri itu. Tetapi, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, projek itu terlalu mahal kerana melibatkan pembinaan loji rawatan air yang dilihat tidak perlu.

Azim Ismail, 28, berkata walaupun keluarganya penyokong tegar BN, beliau sendiri berpuas hati dengan prestasi Adun Wakaf Bharu, Rusli Abdullah.

Katanya, Rusli yang memegang jawatan itu sejak 2018, cepat bertindak atas aduan penduduk dan ini perkara utama dipertimbangkannya dalam membuat pilihan pada PRN bulan depan.

“Rakyat memerhatikan sama ada wakil rakyat dilantik melakukan tugas mereka, dan di Wakaf Bharu, penyokong PH mahupun BN memuji Rusli, walaupun beliau Adun PAS.”



Rusli mengalahkan Rosdi Aziz dari BN dan Khir Zahri (PH) pada 2018 dengan majoriti 387 undi.

Kelantan menjadi kubu kuat PAS sejak 1990, di bawah pimpinan Nik Aziz Nik Mat, diikuti Ahmad Yakob pada 2013. FMT

Pengundi Kelantan di Lembah Klang harap perubahan di Kota Bharu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35



Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker