Isteri kata nak ke tempat sangat jauh

Isteri kata nak ke tempat sangat jauh

Dungun: “Saya sebak dan rebah sebaik menerima panggilan yang memaklumkan mereka maut dalam kemalangan itu,” kata Raja Hussin Raja Abdullah berhubung kemalangan maut yang menimpa ahli keluarganya di Kilometer 375.8, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, semalam.

Raja Hussin, 60, dia menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan isterinya, Noreha Mohamed, 53, anaknya, Raja Nurhanani Nabila, 23, dan cucunya, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, dua bulan maut dalam kemalangan itu.



“Saya terima panggilan jam 7.15 malam. Ketika itu, saya bersiap untuk solat Maghrib dan masuk bekerja syif malam sebelum dikejurkan dengan berita yang sangat menyedihkan itu.

“Saya minta tolong rakan bergegas ke tempat kejadian dan sungguh sedih bila melihat keadaan mayat isteri dan cucu bermandi darah,” katanya.

Katanya, tiga jam selepas itu, dia sekali lagi mendapat panggilan yang memaklumkan anaknya, Raja Norhanani pula meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

“Ketika kejadian, saya yang berkerja kontrak di Kawasan Industri Kerteh Kemaman berada di rumah sewa di Paka, Dungun.



“Selain mereka, dua lagi anak saya, Raja Haikal Najmi, 20, yang memandu kereta dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, dalam perjalanan dari rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu Kelantan untuk ke Kem Batu 10, Kuantan.

“Mereka nak hantar Raja Nurhanani bersama bayi sulungnya yang baru habis pantang di kampung ke sana kerana suami Raja Nurhanani, adalah seorang tentera bertugas di sana,” katanya.

Raja Hussin berkata, dia menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan untuk bertolak ke Kuantan dan dia sempat berpesan supaya berhati-hati sepanjang perjalanan itu.

“Isteri memaklumkan selepas menghantar anak dan cucu saya di Kuantan, dia dan anak yang lain akan singgah dan bermalam di rumah sewa saya di Paka.



“Dia nak singgah memandangkan kami sudah lama tidak bertemu dan kali terakhir pertemuan kami ialah pada Aidiladha lalu,” katanya.

Katanya, beberapa hari sebelum itu, dia ada menghubungi isterinya dan mengajak isterinya itu menghadiri suatu majlis kenduri perkahwinan di Kelantan pada bulan depan.

“Dia jawab tak nak pergi kerana dia (isteri) nak pergi berjalan ke tempat yang lebih jauh, saya tanya jauh tu di mana dan dia jawab sangat jauh tak boleh nak cerita.

“Saya tidak sangka perkataan pelik dari isteri itu membawa makna bahawa dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya,” katanya. HM



Isteri kata nak ke tempat sangat jauh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker