Kenyataan CEO MBI mengelirukan

Kenyataan CEO MBI mengelirukan

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjelaskan mengenai butiran siasatan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, Muhamad Sobri Osman bagi mengelak kekeliruan.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata ini kerana ucapan Muhamad Sobri pada Ceramah Gelombang Perikatan Nasional (PN) di Padang Awam Kuala Ketil baru-baru ini mengelirukan dan boleh menjejaskan imej SPRM.



“Saya ingin merujuk kepada ucapan Muhamad Sobri ketika berucap pada ceramah berkenaan menceritakan tentang soal siasat ke atas beliau oleh SPRM.

“Sobri mendakwa pegawai SPRM yang menyoal siasat beliau seolah-olah tidak tahu berkenaan kes rasuah RM13 juta berhubung isu nadir bumi (REE). Namun benarkah pegawai SPRM tidak tahu tentang pertuduhan RM13 juta ketika menyoal siasat Sobri?

“Penglipur lara versi Sobri adalah sangat mengelirukan serta menjejaskan imej SPRM. Adalah sangat sukar untuk dipercayai untuk SPRM mempunyai pegawai penyiasat yang melakukan tugas tanpa tahu latar belakang siasatan yang dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, berdasarkan pengetahuannya, SPRM akan membuka fail siasatan kes berdasarkan aduan yang benar-benar berasas dan hanya akan menyarankan pendakwaan bersabit kes yang sudah selesai disiasat sepenuhnya.



Katanya, beliau yakin sesiapa saja yang ditahan reman atas tuduhan seperti Muhamad Sobri akan sedikit beremosi atas penahanannya.

“Namun, berdasarkan ucapan CEO MBI itu, adalah jelas beliau cuba memanipulasi emosi orang ramai untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap pihak berkuasa dan Kerajaan Perpaduan serta cuba menarik simpati masyarakat terhadap beliau dan PN.

“Siasatan SPRM terhadap CEO MBI ini adalah satu pertuduhan berat yang perlu diperjelaskan kepada umum bagi mengelak sebarang manipulasi atau fitnah terhadap pihak tertentu. Untuk berlaku adil, saya memohon SPRM memberikan pencerahan sewajarnya mengenai isu jenayah ini,” katanya.

Rabu lalu, Muhamad Sobri dan seorang pengarah syarikat ditahan SPRM kerana dipercayai terbabit salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan nilai RM13 juta.



Dalam ucapan pada ceramah berkenaan beliau bagaimanapun menafikan terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu REE berjumlah RM13 juta.

Sebaliknya, beliau menegaskan nilai RM13 juta adalah jumlah pelaburan yang dibuat pengurusan MBI terdahulu di luar negara dan pihaknya sedang berusaha mendapatkan wang berkenaan kembali.

“Saya tanya Pengurus Kewangan MBI yang disoal SPRM mengenai RM13 juta, dia kata tak tahu, (pegawai SPRM) yang menemubual pun tak tahu nak ambil keterangan apa, mereka hanya dengar orang kata RM13 juta berkaitan REE sahaja.

“Saya sedang bekerja, tiba-tiba datang SPRM panggil saya untuk isu Litar Lumba Sungai Petani, sedang saya beri keterangan tiba-tiba ada pasukan lain arah berhenti untuk masuk tajuk REE, kemudian (SPRM) masuk geledah pejabat dan rumah dan bawa saya ke Pejabat SPRM Sungai Petani,” katanya. BH



Kenyataan CEO MBI mengelirukan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker