SPRM siasat bekas menteri berhubung tahanan Dato Malik

SPRM siasat bekas menteri berhubung tahanan Dato Malik

SPRM akan menyoal-siasat seorang bekas menteri kabinet bagi membantu siasatan berhubung penahanan dua ahli perniagaan yang terkenal dalam mengedar filem India dan membawa masuk artis dari negara itu untuk membuat persembahan di Malaysia.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa seorang ahli perniagaan yang juga adalah seorang ahli politik dari Negeri Sembilan itu turut ditahan dalam operasi tersebut.



Suspek yang juga anggota sayap bersekutu Bersatu itu sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Malaysiakini telah menghubungi menteri kabinet berkenaan untuk mendapatkan ulasan.

Bagi dua suspek pertama, FMT menamakan seorang daripada mereka sebagai Abdul Malik Dasthigeer, pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa suspek kedua pula adalah juga pengedar filem yang pada awal tahun ini mengadakan konsert yang menampilkan komposer muzik Tamil terkemuka dengan kehadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama.



Syarikat suspek kedua juga mengedarkan filem biografi perdana menteri “Anwar: The Untold Story.’

Menurut sumber, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Sumber itu mendedahkan bahawa agensi antirasuah itu telah membekukan aset bernilai lebih RM300 juta sementara menunggu siasatan.

Lebih 30 individu termasuk ahli keluarga dan rakan suspek telah dipanggil untuk disoal siasat. Mk



SPRM siasat bekas menteri berhubung tahanan Dato Malik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker