Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Seorang pereka grafik dan deejay kacukan Kanada didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian teman wanitanya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Sean Edward Kenneth Quinn kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.



“Faham,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, tidak pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sean, 30, didakwa menyebabkan kematian Nurin Najmina Mohd Redzuan, 24, di sebuah kondominium di Jalan Damansara, Bukit Kiara, jam 3 pagi, 12 Julai lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan.



Sean diwakili peguam, Vivek Sukumaran manakala pendakwaan dikendalikan, Sareeka Balakrishnan.

Majistret kemudian menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes. HM

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)



Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker