She Zhijiang ‘Kepala’ rangkaian judi haram diseluruh Asia Tenggara

Seorang warga China disyaki mendalangi empayar perjudian haram dan penipuan dalam talian dengan rangkaian meluas di seluruh Asia Tenggara.

Lelaki berkenaan, She Zhijiang, banyak bekerjasama dengan dengan badan amal dan mempunyai hubungan baik dengan Kemboja serta memperkenalkan diri sebagai seorang ahli perniagaan bagi mengabui mata pihak berkuasa.

Dia yang juga dikenali sebagai ‘Raja Kasino’, sebenarnya adalah orang di sebalik empayar perjudian haram, penipuan pekerjaan dan penipuan dalam talian dengan pengaruh meluas dalam kalangan penduduk dan firma di seluruh Asia Tenggara.



Operasi haramnya beroperasi dengan memanfaatkan teknologi blockchain yang dibangunkan oleh firma berpangkalan di Singapura bagi memindahkan mata wang kripto.

She mempunyai pelabur dari Malaysia dan Myanmar, malah dia turut mengendalikan kasino di Filipina dan Kemboja sebelum perjudian dalam talian diharamkan di sana.

Lelaki berusia 41 tahun itu turut dikaitkan dengan rangkaian syarikat yang luas di seluruh dunia, termasuk di Britain, yang digunakan untuk penggubahan wang berbilion-bilion yang diperolehnya sejak bermula sebagai ahli perniagaan kecil-kecilan di Hunan, China.

Menurut laman sesawang berita berpangkalan di China, Caixin, She juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk She Kailun dan Tang Kailun serta turut dikaitkan dengan operasi penipuan di Myanmar dan Kemboja selain pemerdagangan manusia.



Salah satu firmanya yang dikenali sebagai Yatai International Holdings, turut menyiarkan iklan Facebook bagi mengambil pekerja dengan menjanjikan gaji yang lumayan ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

Ratusan anak muda dari Asia dan Afrika yang termakan umpan itu dipaksa bekerja di rumah perjudian dalam talian dan pusat penipuan di Zon Ekonomi Khas Shwe Kokko di Myanmar.

Institut Keamanan Amerika Syarikat (AS) berkata, penyokong utama Shwe Kokko ialah She, yang melabur berbilion-bilion dolar.

Laporan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), yang dikeluarkan Selasa lalu berkata mereka yang ditahan di pusat berkenaan termasuk warga Singapura dan Malaysia.



She yang dilahirkan di China pada mulanya menjalankan perniagaan perjudian dalam talian di Filipina dengan menyasarkan warga China.

Apabila kerajaan di China menyekat perjudian dalam talian kerana menyalahi undang-undang, dia kemudiannya melarikan diri, berpindah ke Kemboja dan menerima kewarganegaraan pada 2017.

Sejak 2020, lebih 130,000 orang yang dikaitkan dengan 24,000 kes perjudian rentas sempadan telah ditangkap oleh polis di China.

Akhbar The Straits Times melaporkan, daripada 10 suspek yang ditahan di Singapura semasa serangan anti pengubahan wang haram, sembilan daripadanya sudah diberikan kewarganegaraan Kemboja.



Pada 2021, China mengeluarkan notis merah Polis Antarabangsa dan She berjaya ditangkap pada Ogos 2022 di Thailand, namun dia menentang penghantaran pulang ke China atas alasan dia bukan lagi warganegara China.

Dengan penangkapannya, polis di Asia Tenggara mula memahami konsep rangkaiannya dan sejauh mana pengaruhnya di Asia Tenggara. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker