RAM Ratings unjur KDNK Malaysia pada -2.8 peratus bagi suku keempat 2020


RAM Rating Services Bhd menjangkakan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada -2.8 peratus bagi suku keempat 2020 susulan langkah sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam kenyataan hari ini, agensi penarafan kredit itu menjelaskan ia mungkin menjadi tempoh sukuan yang ketiga berturut-turut mencatatkan penguncupan pada 2020, mendorong penyusutan 5.4 peratus bagi setahun penuh.

Menurut RAM, penyusutan pada suku keempat 2020 dijangka sedikit lebih ketara berbanding dengan suku ketiga 2020 iaitu -2.7 peratus, dengan pelbagai dasar yang bersifat menyokong, dan memandangkan kebanyakan sektor terus beroperasi semasa PKPB.

“Kami mengunjurkan sektor pembuatan menjadi pemacu pertumbuhan utama pada suku keempat 2020, dengan peningkatan 3.2 peratus.



“Kapasiti sektor ini, seperti yang ditunjukkan oleh Indeks Pengeluaran Perindustrian, kekal agak stabil semasa suku tersebut,” menurutnya.

Agensi penarafan itu turut menjangkakan semua sektor lain merekodkan penguncupan dengan jualan runcit antara sektor yang terjejas paling teruk dengan kadar penguncupan 2.9 peratus pada suku keempat 2020.

Ia menjelaskan ekonomi domestik menghadapi cabaran seterusnya pada suku pertama 2021 berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Susulan PKP 2.0 kini dilanjutkan sehingga 18 Feb, kami menyemak unjuran KDNK setahun penuh 2021 kami daripada 5.8 peratus kepada 5.5 peratus.



“Setiap tambahan hari susulan lanjutan PKP dianggarkan mengurangkan 0.04 mata peratusan atau kira-kira RM500 juta hingga RM600 juta daripada pertumbuhan ekonomi tahun ini,” jelasnya. Bernama

https://mykmu.net/2017/07/18/tn50-sediakan-rakyat-hadapi-revolusi-perindustrian-keempat-pm-najib/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker