Selepas banyak operasi dibuka, Najib gesa kerajaan ganti PKP kepada PKPB


Najib Razak menggesa supaya kerajaan menukar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Kawalan Peegerakan Bersyarat (PKPB) susulan lebih banyak peniagaan dibenarkan dibuka termasuk membolehkan pelanggan makan di restoran

Katanya, pelaksanaan PKPB boleh dilaksanakan dengan mengekalkan larangan rentas negeri kecuali bagi tujuan komersial.

“Oleh sebab “dine-in” dan hampir semua jenis perniagaan boleh beroperasi maka tiada lagi perlu untuk sambung PKP ini. Kedai pakaian, permainan, perabot, gunting rambut, pasar malam, solekan, bunga dan hampir semua boleh diteruskan sebab semua maklum bahawa Covid hanya berbahaya dalam parlimen.

“Tukar sahaja kepada PKPB campur larangan rentas negeri untuk urusan bukan komersial,” katanya.

Kata Najib, langkah itu juga bagi memastikan Malaysia tidak menjadi satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan “lock-down”, tetapi sebaliknya membenarkan semua aktiviti beroperasi.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembukaan sektor perniagaan peruncitan.

Kebenaran juga diberikan kepada pelanggan makan di premis hanya dua orang untuk satu meja mengikut penjarakan sosial yang telah ditetapkan. FMT

Leave a Reply